Oleh
AKMAL MANAF
Strategi
Umno-Pas membentuk piagam adalah kerana mereka tidak mempunyai pilihan
lain, selain bekerjasama untuk meraih sokongan pengundi dalam kalangan
orang Melayu.
Penganalisis Politik, Prof Dr Azmi Hassan berpandangan, apabila
terbentuknya persefahaman berbentuk piagam, ia membawa maksud kedua-dua
parti tersebut sudah nekad untuk menjalinkan kerjasama.
Beliau menjelaskan lagi, piagam tersebut antara lain bertujuan
memberi isyarat kepada masyarakat, bahawa kerjasama antara mereka
termaktub dan akan dilaksanakan.
“Umno dan Pas tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama antara satu
sama lain, kerana kekuatan mereka untuk meraih sokongan pengundi Melayu
adalah menerusi ‘kerjasama’ itu.
“Sama ada kerjasama ini berjaya atau gagal, ia bergantung apabila
perbincangan pengagihan kerusi diadakan, kerana isu ini adalah paling
kritikal.
“Jika diambil kira keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang
lalu, jika kedua-dua parti ini bergabung dan bertanding, besar
kemungkinan Pakatan Harapan (PH) tidak mampu membentuk kerajaan,”
katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.
Dalam pada itu Azmi berkata, kerjasama yang terjalin antara Umno dan
Pas disertai dengan keyakinan pengundi Melayu terhadap kedua-dua parti
itu, pasti akan menggugat sokongan pengundi Melayu ke atas PH
terutamanya golongan atas pagar.
“Keputusan PRU-14 jelas mempamerkan undi popular walaupun 50/50
antara PH dan gabungan Umno-Pas, namun hakikatnya hampir 90 peratus undi
popular Umno dan Pas adalah undi Melayu.
“Maka ditambah dengan wujudnya piagam kerjasama ini, ianya bakal
memberi keyakinan kepada pengundi Melayu bahawa kerjasama parti tersebut
adalah satu kenyataan.
“Bersandarkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands,
Semenyih dan Rantau, kerjasama antara kedua-dua parti ini merupakan daya
tarikan kepada pengundi Melayu.
“Dengan situasi itu, PH perlu bekerja keras untuk meraih undi orang Melayu berbanding ketika PRU-14 yang lalu,” jelasnya lagi.
Azmi mengulas demikian ketika ditanya adakah Umno dan Pas berjaya
menarik pengundi Melayu untuk menyokong kedua-dua parti itu pada PRU-15
menerusi pembentukan piagam tersebut atau ia tidak semudah itu untuk
menggugat kerajaan PH.
Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata
piagam yang berbentuk Muafakat Perpaduan Ummah itu akan melebarkan lagi
hubungan kerjasama kedua-dua parti, berbanding sedia ada.
Katanya, piagam berkenaan akan dideklarasi dalam masa terdekat,
selepas isi kandungan piagam berkenaan dibincangkan dan dipersetujui
kedua-dua pihak.
Tuan Ibrahim menambah, deklarasi (piagam) yang akan dimeterai tidak
lama lagi itu akan membentuk kerjasama lebih lebar daripada itu.
Pas juga tidak menolak kemungkinan piagam yang bakal dimeterai
bersama Umno, membawa objektif ke arah kerjasama untuk berdepan PRU-15
nanti.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan