Menurut Mujahid, siasatan akan dilakukan mengikut bidang kuasa agama negeri berdasarkan lokasi
di mana perbuatan itu dilakukan.
"Prosedur bagi laporan qazaf ini adalah bila ada laporan, kita akan teliti dan lakukan pembuktian di mana perkara tersebut berlaku. Hasil siasatan polis juga akan menjadi sebahagian daripada bahan bukti bagi siasatan ini," katanya kepada wartawan ketika menghadiri sambutan hari raya di Kedutaan China, di sini malam tadi.
Ditanya siapakah pihak yang akan terlibat dalam siasatan tersebut, beliau berkata, laporan qazaf bertujuan untuk membuktikan dakwaan yang dibuat oleh individu lain terhadap dirinya adalah tidak benar.
"Saya beri contoh, dalam cerita qazaf ini, individu itu buat tuduhan terhadap individu lain dan orang yang mendakwa ini kalau dia dakwa orang yang baik atau ada maruah dalam masyarakat, sebenarnya ia menjadi permulaan qazaf kerana berniat mengaibkan," katanya.
“Keseluruhan idea berkaitan moral, jangan sebarkan benda yang tiada asas. Ini tindakan menceroboh maruah orang," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan