Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID
Apakah
ia satu fitnah atau konspirasi untuk menjatuhkan seserang ahli politik
bila mana seorang menteri kabinet telah menjadi sasaran pihak tertentu
yang mengambarkan dirinya sebagai pelak dalam tiga klip video seks yang
tersebar beberapa hari yang lalu.
Perkataan `fitnah’ berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud
kekacauan, bencana, cubaan dan penyesatan. Atau dalam pengertian
sehari-hari, kata fitnah ini sering dimaksudkan sebagai berita bohong
atau tuduhan yang diada-adakan untuk membinasakan seseorang yang tidak
sesuai dengan kenyataan atau kebenaran.
Banyak hadis Nabi yang membicarakan tentang fitnah dan menganjurkan
agar umat Islam menjauhinya kerana ia boleh menimbulkan kekacauan dan
kesengsaraan, malah tidak sedikit yang berakhir dengan pertumpahan
darah.
Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan kaum muslim agar menghindarkan
diri daripada pembicaraan yang salah kerana keterlanjuran lisan boleh
diibaratkan seperti terhunusnya pedang.Justeru Rasulullah s.a.w. ketika
hendak memulai sesuatu pembicaraan, baginda selalu memohon perlindungan
kepada Allah s.w.t. daripada akibat buruknya fitnah.
Dalam al-Quran, perkataan `fitnah’ disebut sebanyak 34 kali dengan erti yang berbeza-beza.
Fitnah dalam maksud ujian atau cubaan terdapat dalam firman Allah
dalam surah al-Anfal ayat 28. Manakala fitnah dalam erti seksaan
terdapat dalam firman Allah s.w.t. dalam surah al-Anfal ayat25 yang
bermaksud: “Dan peliharalah daripada seksaan yang tidak khusus menimpa
orang-orang yang zalim sahaja di antara kamu…
” Lebih daripada itu al-Quran juga menyebut bahawa fitnah itulebih kejam dan berbahaya daripada pembunuhan.
“Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”. (Surah al-Baqarah ayat 191).
Sikap manusia yang suka melakukan fitnah menggambarkan kelemahan dan
kemiskinan dirinya sendiri. Seandainya dia kuat dalam penghujahannya
sudah tentu dia tidak akan mengada-adakan cerita yang tidak benar atau
menjadikan keburukan orang lain sebagai bahan pembicaraannya.
Bukankah masih banyak bahan pembicaraan yang lain? Juga orang yang
suka memfitnah orang lain bukan seorang ahli agama yang baik kerana ahli
agama yang baik akan melihat dengan positif sesuatu yang negatif dan
berusaha mencari kebaikan dalam sesuatu perkara yang dilihat terdapat
keburukan. Al-Quran dalam surah al-Hujuraat ayat 12 dengan jelas
menghuraikan persoalan fitnah.
“Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya
kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip
atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah sesetengah
kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan
mengumpat) maka sudah
tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang
tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima
taubat lagi maha Pengasihani”.
Dengan memahami bahawa bencana itu mutlak dalam kekuasaan Allah,
sekali gus menjadi peringatan dan ujian, seorang Muslim tidak akan mudah
terikut dengan kejayaan orang yang hidupnya penuh maksiat dan dosa
serta hidup dan hobinya hari-hari melempar fitnah kepada
sesiapa sahaja yang tidak disukainya.Mereka tidak sedar bahawa
perrpecahan yang berlaku dalam masyarakat kita hari adalah berpunya dari
fitnah yang berleluasa.Seolah-olah bagi pelempar fitnahini sedikitpun
mereka tidak takut pada ancaman Allah SWT.
Perpecahan sekecil mana pun merupakan satu musibah apatah lagi
perpecahan bangsa Melayu yang berlaku dalam masyarakatkita hari ini yang
sampai satu peringkat mereka sudah lali dan sedikitpun tidak merasai
berdosa melakukannya.
Sejarah sering membuktikan bahawa kejayaan mereka itu hanyalah
fatamorgana, sekadar penangguhan daripada kehancuran yang sebenarnya.
Itulah azab dari Allah yang diberikan kepadaorang-orang yang ingkar
kepada Allah dan ajaran-ajaran yang dibawa oleh para Rasul-Nya.
Anjuran untuk bersatu dipandang remeh oleh segolongan pihak yang
mengutamakan parti daripada kepentingan ummah. Inilah saatnya
introspeksi diri mengapa musibah demi musibah kerap menimpa kita. Kerana
segala sesuatu yang tidak kita inginkan di waktu yang tidak tepat,
disebabkan oleh kesalahan yang kita perbuat sendiri, bukan datangnya
dari Allah SWT. Bukankah setiap kesalahan dan kebaikan walaupun sekecil
zarah akan diberi ganjaran? Jika demikian, tentu musibah dan kenikmatan
yang kita dapatkan tidak lepas daripada kesalahan dan kebaikan yang kita
lakukan.
Gejala fitnah memfitnah di kalangan umat Islam begitu meluas berlaku
sehingga membawa kepada perpecahan yang tidak pernah menampakkan
tanda-tanda bahawa ia akan berakhir. Perkara inisudah diketahui umum.
Istilah fitnah juga mempunyai persamaan dengan ghibah (mengumpat).
Bezanya ghibah membicarakan keburukan orang lain yang berdasarkan
kenyataan sedangkan fitnah berunsur pembohongan.
Namun, kedua-duanya diucapkan untuk maksud yang tidak baik. Dalam
menjelaskan erti ghibah, Nabi s.a.w. pernah bertanya kepada
sahabat-sahabat baginda.
“Tahukah kamu apakah ghibah itu? Mereka menjawab, “Allah dan Rasulnya
lebih mengetahui,” Nabi lalu menjelaskan, “ghibah adalah membicarakan
apa yang tidak disenangi orang lain di belakangnya”.
“Seandainya yang dibicarakan itu benar, apakah itu juga dinamakan
ghibah?” tanya sahabat. Nabi s.a.w menjawab, “itulah ghibah, sedangkan
bila yang engkaubicarakan perkara yang tidak benar, maka itulah buhtan
(pembohongan yang besar). (Hadis riwayat Muslim, Abu Daud dan
At-Tarmizi).
Ghibah (menyebut keburukan orang lain walaupun benar) amat buruk,
apalagi buhtan (memfitnah dan mengada-adakan keburukan seseorang). Orang
yang mendengar ucapan ghibah juga turut memikul dosa ghibah, kerana dia
masuk dalam ghibah itu sendiri. Kecuali dia mengingkarinya dengan
lidah, atau menerima dengan hatinya. Bila ada kesempatan maka lebih
utama baginya mengalihkan ghibah tersebut dengan pembicaraan lain yang
lebih bermanfaat.
Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Barang siapa
yang mengetahui ada orang mukmin dihina di depannya, ia harus
membelanya, mempertahankan nama baik si mukmin itu. Apabila ia tidak
mahu melakukan pembelaan itu, maka Allah s.w.t. akan menghinanya di
depan orang ramai”. (Hadis riwayat Ahmad dan Tharani).
Mereka yang menaburkan fitnah merupakan orang yang zalim, sebagaimana
dijelaskan menerusi surah al-Anfal ayat 25: Dan peliharalah daripada
seksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim sahaja di
antara kamu.Dan ketahuilah bahawa Allah amat keras siksaan-Nya.”
Allah SWT turut memerintah agar fitnah itu bukan sahaja wajib
dihindar, bahkan diperang berdasarkan kemudaratannya kepada agama: Dan
perangilah mereka itu, sehingga tidak ada fitnah lagi.”(surah
al-Baqarah:193).
Tidak ada satu sudut kehidupan hari ini yang bebas daripada pengaruh
yang merosakkan.”(Baca, Faith versus Materialism: The Message of Surat
al-Kahfi (IBT, K. Lumpur: 2005). Sesungguhnya, sehebat manapun satu
fitnah dan kebohongan itu direka, ia tidak akan bertahan lama. Serapat
dan seketat mana satu pendustaan itu cuba ditutup-tutupi, suatu saat ia
pasti akan terdedah baik dengan cara yang disengaja mahupun tidak
disengaja. Hanya kebenaran sejati akan terpacak kekal selamanya.
Penyebaran maklumat dan fitnah melalui media sosial yang berlaku
dewasa ini suatu saat mungkin berubah wajah dalam bentuk dan wahana lain
sesuai dengan peredaran zaman. Namun yang pasti, segala bentuk fitnah
dan maklumat liar tidak akan berhenti meskipun alat perantaranya sudah
berubah. Tiada pilihan lain bagi umat Islam semua itu mesti dihadapi.
Hanya dengan keimanan dan ketakwaan sahaja yang mampu menyelamatkan
kita daripada perangkap maklumat dan fitnah yang sentiasa mengintai
kita.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan