Oleh MUAMMAR QADDAFI MOHD NASIR
Pengumuman
Kementerian Pelajaran Malaysia berkenaan pengenalan tulisan jawi dalam
silibus matapelajara bahasa melayu mendapat respon perbagai dari
kalangan rakyat Malaysia.
Faktor kaum juga dapat dilihat menjadi faktor penerimaan dan penolakan terhadap polisi baharu Kementerian.
Walaupun banyak pihak cuba menjadi jaguh kaum masing masing dalam isu
ini, nada yang berbeza beza dapat dilihat dalam kalangan pemimpin parti
politik terutamanya DAP dan MCA.
Beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang dan Teo Nie Ching
dilihat menerima kritikan keras dari kaum cina dan india apabila mereka
memilih untuk mempertahankan pengenalan ini manakala pemimpin MCA lebih
bermuka muka apabila menentang keras pengenalan tulisan jawi bila
berhadapan masyarakat cina namun cuba ditonjolkan lebih terbuka dalam
isu ini apabila berdepan masyarakat melayu.
Namun, pihak yang paling ketara dan keras menentang pengenalan
tulisan jawi dan khat dalam silibus pelajaran adalah Pertubuhan “Dong
Jio Zong” atau lebih dikenali sebagai Dong Zong.
Pada 10 Ogos, Dong Zong telah melancarkan petisyen bantah pengenalan
tulisan Jawi di sekolah vernakular atas alasan ia tidak diterima oleh
komuniti bukan islam dan mendakwa ia bercanggah dengan Artikel 12 (3)
Perlembagaan Persekutuan iaitu : “Tiada seorang pun boleh dikehendaki
menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa
upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.
Dakwaan Dong Zong yang menggunapakai Artikel 12 (3) merupakan tanda
mereka adalah kumpulan yang gagal memahami bahkan membezakan apa yang
disebut sebagai ‘ajaran agama’, dan apa yang dikenali sebagai ‘sistem
tulisan’.
Ketakutan pada huruf atau ansara, kegagalan untuk memahami citra dan
warisan Tanah Melayu telah memperlihatkan wajah sebenar Dong Zong
sebagai sebuah pertubuhan rasis sebagaimana disebut Perdana Menteri.
Tulisan jawi telah berada di Kepulauan Melayu dan Tanah Melayu sejak
tahun 1300 masihi dan hanya diakhir abad ke 19 tulisan rumi mula
digunakan, namun hanya pada tahun 1966 Kementerian Pelajaran dibawah
Khir Johari (Umno) telah menghapuskan tulisan jawi sebagai tulisan utama
dan bahasa pengantar kepada tulisan rumi.
Sebelum tahun 1966, bahawa Jawi digunakan segala rasmi bahkan oleh
kaum Cina, India di Tanah Melayu. Generasi yang mendapat didikan selepas
penghapusan tulisan jawi telah menjadi generasi yang buta tulisan jawi,
dan seterusnya hari ini menjadi begitu asing dalam kalangan rakyat
Malaysia terutama kaum Cina dan India sehinggakan pemimpin kumpulan Dong
Zong gagal membezakan antara tulisan/huruf dan ajaran islam.
Kegagalan yang kita boleh simpulkan berpunca dari rasa takut yang
tidak berasas ini sekaligus telah menjadi punca wujud perpecahan antara
kaum di Malaysia apabila Dong Zong begitu gemar mengeluarkan kenyataan
dan tindakan seolah olah mencabar warisan bangsa.
Walaupun pertubuhan ini hampir seusia dengan kemerdekaan Tanah Melayu
dan negara telah melalui perbagai proses pembinaan negara bangsa, namun
Dong Zong masih membawa pemikiran sempit, Dong Zong tidak akan menjadi
aset sebaliknya akan sentiasa menjadi liabiliti kepada negara, dan
ancaman kepada perpaduan nasional.
Walaupun sentimen dan unsur perkauman yang telah timbul kesan dari
propaganda pembangkang serta kedegilan Dong Zong kita berharap perkara
ini dapat diselesaikan secara baik melalui siri penerangan dan dialog,
Malaysia hari ini tidak memerlukan pendekatan keras dan dilihat bersifat
memaksa, namun proses pendidikan harus tetap dilaksana dengan penuh
hikmah dan tersusun.
*Penulis adalah Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Terengganu
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan