Di atas kepercayaan kebebasan bersuara tanpa wasangka, 'Akhbar Rakyat' cuba untuk berkongsi pandangan dengan pihak ketiga. Artikel yang disiarkan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan dengan 'Akhbar Rakyat'.Berfikirlah dalam menerima apa jua maklumat. Äkhbar Rakyat" tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri Email :akhbarrakyat@gmail.com
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata orang ramai mempunyai
pilihan sama ada untuk menggunakan teksi motosikal di negara ataupun
tidak.
“Kalau rasa tak selamat, jangan naik. Kita ada pilihan,
kita tak paksa sesiapapun untuk naik (motorsikal),” katanya pada sidang
medianya di Putrajaya selepas Majlis Perjumpaan Pegawai Kerajaan Bersama
Perdana Menteri, hari ini.
Mahathir mengulas bidasan mereka yang menentang cadangan pengenalan perkhidmatan teksi motosikal atas alasan keselamatan.
Semalam,
kabinet secara prinsipnya bersetuju dengan cadangan perkhidmatan teksi
motosikal yang dikemukakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed
Abdul Rahman.
Menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan
Md Yusof, kabinet meminta Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia
dan Sukan untuk menjalankan kajian lanjut berhubung pelaksanaannya, termasuk aspek peraturan dan pengambilan pekerja.
Mengulas perkara itu, Mahathir berkata kerajaan ingin melihat sejauh mana perkhidmatan itu akan memberi manfaat kepada rakyat.
Perdana
Menteri mendedahkan terdapat tawaran daripada pengusaha tempatan untuk
mengendalikan perkhidmatan itu tetapi syarikat-syarikat berkenaan tidak
teratur.
"Jika (syarikat berpangkalan di Indonesia) Gojek datang
sini, mereka akan memberi khidmat kepada ahli perniagaan kecil,"
katanya.
Walau bagaimanapun, Mahathir tidak menjelaskan bagaimana syarikat Indonesia itu akan bekerjasama dengan firma tempatan.
Mahathir
dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah bertemu dengan pengasas
Gojek Nadiem Makarim untuk membincangkan perkhidmatan tersebut.
Pentadbiran BN sebelum ini mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal itu atas alasan keselamatan.
Syed Saddiq sebelum ini berkata dia akan mencadangkan perkhidmatan teksi motosikal dalam mesyuarat kabinet bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada belia.
Katanya,
membenarkan ‘mat motor’ terlibat dalam industri e-hailing adalah lebih
baik daripada membiarkan mereka menjadi ‘mat rempit’.
Loke turut berkata kementeriannya terbuka terhadap cadangan itu.
Mahathir: Zakir Naik tak akan diusir
Mengenai
isu pendakwah Islam Dr Zakir Naik, Dr Mahathir yang ditanya sama ada
beliau akan berubah fikiran mengenai pengusiran pendakwah Islam itu,
berkata: "Buat masa ini, belum ada perubahan.”
Dr Mahathir sebelum
ini dilaporkan berkata Malaysia tidak boleh mengusir Zakir kerana wujud
ancaman bunuh terhadap penceramah kontroversi itu.
Zakir kini
sedang disiasat polis berikutan kenyataannya semasa berucap di Kelantan
baru-baru ini yang dikatakan berbaur perkauman.
0 comments:
Catat Ulasan