Ribuan
warga kota membanjiri pekarangan hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di
Dataran Merdeka semalam bagi meraikan sambutan ambang merdeka yang
disambut meriah sejak jam 8 malam tadi.
Bertemakan “Sayangi Malaysia ku, Malaysia Bersih” yang menjadi tema
untuk Hari Kemerdekaan 2019, sambutan dirasmikan oleh Menteri Wilayah
Persekutuan, Khalid Samad.
Kemuncak sambutan ambang merdeka ketika Khalid mengetuai laungan
merdeka sebanyak tujuh kali. Turut hadir, Datuk Bandar Kuala Lumpur,
Datuk Noor Hisham Dahlan.
Majlis diserikan dengan kiraan detik menjelang 12 tengah malam
sebelum orang ramai yang hadir bersama-sama menyanyikan lagu ‘Negaraku’
ketika Jalur Gemilang dinaikkan dan lagu Malaysia Bersih sebagai
menandakan tibanya tarikh keramat 31 Ogos.
Ribuan rakyat dan pelancong asing memenuhi Dataran Merdeka dan
kawasan bagi sambutan Ambang Merdeka yang diserikan dengan penganjuran
konsert dari penyanyi popular.
Program seawal jam 8.30 malam itu dimulakan dengan persembahan
Assalam Busker, Deklamasi puisi, persembahan Topeng Cina, pertunjukan
Silat Bangau Putih, serta tarian kanak-kanak ART-KL.
Selain itu persembahan artis seperti Yassin Sulaiman, Wan Aishah Wan
Ariffin, dan Datuk Ramli Sarip, Monologie, Roy, Sani Sudin Kopratasa
menggamatkan sambutan di Dataran Merdeka.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan