Dikenali sebagai ahli politik yang garang serta kini
mengepalai Kementerian Pertahanan, Mohamad Sabu ditanya mengenai
sikapnya sebagai "pencinta wanita" serta selalu didekati pelbagai orang.
“Tak tahu kenapa... pernah saya naik kapal terbang dari mula mereka semua hendak swafoto.
“Sama juga berlaku apabila saya berjalan dengan menteri lain, yang dituju ialah pada saya. Saya bukan segak pun!” katanya seperti dilaporkan Mingguan Malaysia hari ini.
Bagaimanapun Mohamad - yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu - mendakwa sebagai lelaki memang menjadi sifat semula jadi untuk 'tertarik' kepada wanita termasuk yang cantik.
“Memanglah, kalau saya pencinta lelaki, itu luar biasa.
“Kalau tengok perempuan cantik membuatkan saya tersenyum. Itulah lelaki,” katanya.
Sementara itu, Mohamad berkata sikapnya yang ceria dan suka melawak ini kurang dipraktikkan di rumah apabila bersama anak-anak dan isteri.
“Dengan anak-anak kurang sikit sebab ada sikit disiplin tertentu yang diterapkan.
“Waktu mereka kecil tidaklah begitu, layanan macam biasa. Dengan cucu-cucu kita sayang,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan