BATU PAHAT, 7 Sept -- Terdapat 12 calon berkelayakan yang dilihat mampu
mengisi kekosongan jawatan Pengerusi PKR Johor, kata Presidennya Datuk
Seri Anwar Ibrahim.
Jawatan itu kosong setelah Ahli Parlimen
Pasir Gudang Hassan Karim dilaporkan menghantar surat peletakan
jawatannya kepada Anwar pada minggu kedua bulan Julai.
Untuk rekod, ini kali kedua Hassan melepaskan jawatan Pengerusi Negeri selepas menarik balik keputusan itu tahun lepas.
"Dia (Hassan) ambil keputusan, saya bagi dia ruang agak panjang dan
saya terima keputusan dia. Saya akan bincangkan selepas ini apa yang
kita akan lakukan.
"Calon ramai yang layak... ada 12 orang,"
katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar
Negara Bangsa-Siri 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di sini,
hari ini.
Beliau berkata demikian selepas ditanya mengenai pengganti yang sesuai selepas perletakan jawatan sejak Julai.
Terdahulu, Hassan dilaporkan turut menamakan Timbalan Pengerusi PKR negeri Jimmy Puah Wee Tse sebagai penggantinya.
Ahli Parlimen Batu Pahat Datuk Mohd Rashid Hasnon turut dilapor menyatakan hasrat sedia mengetuai PKR Johor.
-- BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan