KYOTO (Jepun), 7 Sept -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari
ini melancarkan buku berjudul “Dr M: Apa Habaq Orang Muda” bagi edisi
Jepun.
Buku itu merupakan koleksi ungkapan Dr Mahathir yang
membangkitkan semangat, menyegarkan dan tajam daripada wawancara, ucapan
dan penulisan beliau sebelum ini.
Ia, yang menampilkan Chedet
(nama pena Dr Mahathir) dan Matrodi (Radzi Tajuddin) sebagai penulis
bersama dan diterbitkan kali pertama pada 2016, adalah himpunan pesanan,
pengajaran, dan peringatan mengenai perpaduan, demokrasi, pendidikan,
budaya, perjuangan dan sistem nilai mengikut acuan Malaysia.
“Dr M: Apa Habaq Orang Muda” edisi Jepun itu diterbitkan bersama oleh
Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Persatuan Jepun-Malaysia
(JMA) serta DuBook Press.
Buku itu dijangka dipasarkan secara
meluas menerusi rantaian Kinokuniya Co. Ltd yang memiliki 70 kedai buku
di seluruh Jepun menjelang akhir bulan ini.
Majlis pelancaran
itu turut dihadiri Duta Besar Malaysia di Jepun Datuk Kennedy Jawan,
Pengurus Besar dan Pemangku Pengurus ITBM Sakri Abdullah, Pengarah
Eksekutif JMA Takuji Arai serta Pengarah dan Pengurus Besar Kedai Utama
Umeda Kinokuniya, Masaya Yumoto.
-- BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan