Oleh
DR KAMARUDIN MUSA
Sebaik
sahaja runtuhnya tembok Berlin pada 9 November 1989, Francis Fukuyama
telah mengisytiharkan The End of History , merujuk kepada pertembungan
di antara sosialisme komunisme dengan demokrasi kapitalis.
Bagi Fukuyama runtuhnya tembok Berlin adalah kejayaan mutlak demokrasi kapitalisme. Jadi dengan itu berakhirlah sejarah.
Bagaimana pun tarikh 9 Mei 2018, bukanlah pengakhir kepada sejarah
politik Malaysia, tidak juga boleh dikatakan sebagai permulaan kepada
satu sejarah yang baru, meski pun pada tarikh tersebut Umno telah
tercabut akar kuasa dalam sistem pemerintahan negara.
Pakatan Harapan memancakkan paksi kuasa serta memperkukuhkan tunjang cengkamannya.
Bermakna sejarah politik baru, merupakan dimensi politik yang
berlangsung di atas real politik yang sama sebelum 9 Mei 2018, apa yang
bertukar adalah kuasa baru dalam politik pemerintahan.
Pakatan Harapan (PH) telah berjaya menakluk pusat kuasa dengan
menyingkirkan UMNO-Barisan Nasional (Umno-BN). Watak politik yang
menguasai pentas politik adalah kelompok yang sama, apa yang berbeza
adalah baju politik.
Pemikiran politik serta ideologi politik juga adalah sama, atomisme
politik masih tetap berlegar sekitar isu-isu agama dan bangsa, jelasnya
politik perkauman dan sektorian agama masih tetap mendominasi
persekitaran politik Malaysia.
Bagaimana pun, satu fenomena baru yang wujud dalam konteks Malaysia
mutakhir ini, adalah begitu menonjolnya apa yang boleh diklaskan sebagai
real politik “pemikiran orang kalah.”
Dalam konteks pemikiran Stephen Covey dinamakan minda kekurangan.
Menyorot novel yang dihasilkan Rohani Deraman, dijudulkan sebagai Jogho
Yang Tewas .
Apa pun konsepsi yang digunakan, maka rujukannya adalah terhadap
pemikiran orang kalah, boleh juga diistilahkan sebagai minda orang
kalah.
Minda orang kalah, merupakan konteks pemikiran yang sentiasa
menafikan hakikat bahawa mereka sebenarnya kalah, sebaliknya sentiasa
meletakkan dirinya sebagai orang yang menang.
Maka daripada sudut inilah akan timbulnya istilah “kemenangan yang tertangguh.” Sering kali dipopularkan oleh para pemimpin Pas.
Golongan ini akan sentiasa meletakkan diri mereka sebagai pejuang,
pembela dan akan sentiasa menafikan apa sahaja tindakan-tindakan atau
dasar-dasar konstruktif yang berteraskan faedah bersama, terutamanya
apabila dasar atau tindakan perubahan sosial, politik dan ekonomi yang
dilakukan oleh kerajaan.Apa pun realitinya golongan ini akan patuh
melutut kepada ketua mereka, meski pun wujud salah laku serta
penyelewengan moral.
Pemikiran orang kalah akan mengkesampingkan fakta, sebaliknya akan
memperbesarkan aspek manipulasi situasi, berdasarkan kepada andaian
serta kepercayaan yang dibina atas realiti bayangan atau pun unverified
assumptions .
Berdasar unverified assumptions inilah mereka akan membina rantaian
isu untuk memperlihat bahawa mereka mengetahui segala-galanya sehingga
ada yang mengaku begitu rapat dengan agen CIA.
Beberapa isu yang dicipta dalam konteks prinsip andaian, seumpama
Islam terancam, lebih bercorak kepada motif mengecilkan pengaruh
positif, sebaliknya memperbesarkan pengaruh negatif, bagi membolehkan
matlamat untuk membina keserabutan dalam kalangan masyarakat dapat
digerakkan.
Bagi golongan yang terperangkap dengan pemikiran orang kalah, ini dianggap peluang sebagai pejuang.
Islam terancam, hakikatnya penceritaan yang dihidupkan untuk membina sokongan masyarakat Melayu Islam khususnya, terhadap PAS.
PAS pada setiap ketika akan menjadikan Islam sebagai umpan untuk
memancing dan menambat masyarakat Melayu Islam terhadap perjuangannya,
jadi adalah tidak menghairankan apabila ada dalam kalangan pemimpin dan
ahli PAS mendakwa keluar daripada Pas adalah haram.
Ini sebenarnya konteks pemikiran orang kalah yang sentiasa menekankan
kepada ugutan dan ancaman dalam konteks untuk mengekalkan sokongan.
Islam terancam juga merupakan satu metos yang dicipta untuk dijadikan
detterant , bagi menghalang masyarakat Melayu Islam menjarakkan diri
daripada PAS.
Para pemimpin Pas sering kali mendakwa bahawa perjuangan Pas adalah
perjuangan Islam. Perjuangan PAS adalah jihad, kesannya peristiwa Memali
menjadi taruhan.
Setelah gagal untuk berhujah secara berfakta dalam usaha memperkukuh
ideologi bagi membina keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan para
pengikutnya. Maka naratif Islam terancam adalah perangkap yang boleh
menjerat masyarakat Melayu Islam untuk terus menyokong PAS.
Hakikatnya Amanat Banggol Peradong itu, merupakan amanat yang lahir daripada pemikiran orang kalah.
Detik 9 Mei 2018, memperlihatkan politik PAS dan UMNO berusaha untuk
kembali memperkukuh kedudukan. Ekoran daripada situasi inilah PAS dan
UMNO terperangkap dalam konteks pemikiran orang kalah, amat ketara
tindakan-tindakan serta pemikiran tidak produktif telah diketengahkan
yang memberikan kesan kepada kestabilan sosial.
Kempen boikot barangan bukan Islam (kemudian ditukarkan kepada
mengutamakan produk muslim), merupakan unsur yang menjurus kepada usaha
membina kelompok terasing (sub-set) daripada kelompok yang besar, iaitu
menafikan kekuatan hubungan sinergistik, satu ciri utama dalam konteks
pemikiran orang kalah.
Secara analitikalnya, timbul persoalan bagaimana proses dan prosedur
yang digunakan untuk menentukan kemutlakan produk muslim, bagaimana
kaedahnya bagi menentukan unsur-unsur komposit dalam mendefinisikan
produk muslim.
Dalam kedua-dua unsur teras ini, hakikatnya perlu diberikan
pembuktian yang boleh ditentusahkan Umdan mempunyai standard kalibrasi.
Hakikatnya ini adalah jelas menggambarkan wujudnya unsur pemikiran
orang kalah dalam isu berkait dengan pemboikotan produk non muslim,
kerana jelas memperlihatkan wujudnya tingkah laku reaktif yang
berteraskan pemikiran prejudis.
Pemikiran orang kalah, umumnya menjurus kepada tingkah laku serta pemikiran bercorak reaktif dan spekulatif.
Kekalahan Umno 9 Mei 2018 dan dalam usaha untuk menghidupkan
sisa-sisa nafasnya, maka diputarkan pelbagai isu non-produktif bagi
menimbulkan kecelaruan emosi serta pemikiran dalam kalangan masyarakat
Melayu.
Naratifnya; hak Melayu tergugat, kedudukan keistimewaan Melayu sudah
terhakis, kedaulatan Raja-raja Melayu sedang terancam dan Cina sudah
menguasai Malaysia; walhal pada masa yang sama institusi-institusi
Melayu dan Islam masih kukuh dan teguh, tidak terusik catatannya dalam
Perlembagaan negara serta masih tetap utuh operasinya.
Kitaran isu-isu ini, hakikatnya wujud hasil daripada kemusnahan
intelektualiti, menjadikan hilangnya konteks pemikiran dalam skala
gambaran luas, wujudnya pembonsaian perspektif.
Realiti inilah yang menjadikan Pas dan Umno gagal untuk memahami isu
disebalik kes Najib Razak dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan
SRC.
Pas dan Umno daripada awal isu ini diperkatakan, menyimpulkan sebagai
wujudnya usaha untuk menfitnah Najib Razak dan mereka dengan mudah,
tanpa analytical view menganggap IMDB tidak ada pelanggaran integriti
dan akauntabiliti, pelan rasionalisasi adalah betul dan tepat.
Hakikatnya pemikiran orang kalah begitu kuat mendominasi pemikiran,
tingkah laku dan perspektif pemimpin Pas dan Umno, mengakibatkan
hilangnya sifat nasionaliti, sebaliknya membataskan tindak tanduk dalam
persekitaran lokaliti kedaerahan.
Pada masa yang sama lebih cenderung kepada penyebaran sentimen
provokatif yang menyisihkan, apa yang diistilahkan oleh Stephen Covey
sebagai the judgement of smart trust .
*Kolumnis adalah Pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris\
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan