Ketua Penerangan Pas Perlis, Dr Saifizi Saidon berkata
pihak hospital juga memaklumkan bahawa keadaan kesihatan Mohd Shukri,
yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis, semakin stabil walaupun tekanan darah
beliau masih rendah.
“Beliau mula memberi reaksi terhadap ahli keluarganya
dengan menggunakan pergerakan badan serta turut meminta untuk menunaikan
solat,” katanya dalam kenyataan menerusi aplikasi WhatsApp di sini,
hari ini.
Menurut Dr Saifizi, imbasan pada jantung Mohd Shukri pula
menunjukkan penambahbaikan fungsi organ itu dan pemberian ubat bagi
membantu jantung mengepam darah sudah dihentikan.
“PAS Perlis akan terus mengemaskini keadaan kesihatan Mohd
Shukri dan menyeru agar semua pihak dapat terus mengadakan solat hajat
serta mendoakan kesihatan beliau,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 10 malam, 29 Sept lepas, Mohd
Shukri rebah selepas dipercayai terkena serangan jantung ketika berucap
pada Ceramah Perdana Muafakat Nasional peringkat Perlis di Dewan 2020 di
Kangar, Perlis.
Beliau kemudiannya dimasukkan ke CCU Hospital Tuanku
Fauziah (HTF) di Kangar sebelum dipindahkan ke HSB untuk rawatan lanjut
pada 1 Okt lepas– BERNAMA
0 comments:
Catat Ulasan