KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengguna
pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) sebagai kaedah untuk
mengukur dan memantau kadar kemiskinan di negara ini.
Perdana
Menteri berkata Malaysia sebenarnya hampir dapat menghapuskan
kemiskinan jika dikira berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
yang digunakan sebelum ini, namun keadaan pada masa ini sudah berubah.
“Sekarang
kita dapati bukan saja pendapatan yang menentukan (tahap) kemiskinan
seseorang tetapi (kini ia turut merangkumi) segala layanan, kemudahan
dan bantuan yang diberikan kepada mereka.
“Kita bercadang,
untuk mengurangkan kemiskinan, maka kita perlu tentukan keupayaan mereka
memperoleh pendapatan yang cukup untuk membeli tiga perkara iaitu
makanan, pakaian dan bumbung di atas kepala mereka (kediaman). Ini akan
tentukan satu kelompok miskin atau tidak.
“Ini akan
termasuk dalam perkiraan asas baharu iaitu yang dikatakan sebagai MPI.
Ini akan digunakan sekarang dan akan tunjukkan taraf kemiskinan yang
terdapat dalam masyarakat kita di Malaysia,” katanya.
Dr
Mahathir berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Anwar
Ibrahim (PH-Port Dickson) yang bertanya apakah perakuan mengenai garis
kemiskinan negara akan menuntut kerajaan memberi tumpuan lebih besar
dalam menyelesaikan masalah kemiskinan, yang dapat ditentukan dalam
Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2020.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan