Oleh Al-Abror Mohd Yusuf
kalau boleh, mungkin dapat dibuat satu garisan pada 2004. biar terpisah tempoh 15 tahun terakhir, dan 15 tahun sebelum 2004.
saya dan beberapa rakan lain ada pada ruang masa yang pertama dan
bertuah kerana dipanjangkan rezeki untuk melihat dan merasai 15 tahun
selepas 2004 itu. ada bezanya.
kami tidak pernah memusuhi rakan2
lain di utusan biar pun sesekali pendirian dan pandangan peribadi kami
berbeza. walaupun berada di syarikat yang bersaing, kawan tetap kawan.
dan scoop tetaplah scoop juga.
apa yang dibantah ialah dasar dan pendekatan akhbar utusan. mereka
kental dan gigih membawa agenda yang digemari kerajaan ketika itu, malah
kadang2 berlebih2-an pun ada.
memang kebanyakan wartawannya
nampak benar2 bersetuju dengan dasar dan pendekatan tersebut. masuk ke
hati, kata orang. tetapi ada juga yang tidak. dan ia bukanlah masalah
besar. kerja tetaplah kerja.
tetapi ada orang yang nampak apa
yang berlaku pada hari ini seawal 15 tahun sebelum 2004 itu lagi. tetapi
kadang2 keyakinan manusia mengatasi kefahaman tentang takdir dan nasib
baik dan nasib buruk.
adakah saya bersimpati kepada rakan2 di
utusan? sudah tentu! adakah saya menghina mereka? sama sekali tidak.
cuma saya terkilan. khabar sedih hari ini sepatutnya boleh dielakkan
lama dulu, tetapi mereka yang berkenaan enggan.
moralnya ialah: tunduklah selalu agar kebun kita teduh selalu. usah selepas terhantuk baru gelabah.
saya mendoakan rakan2 di utusan akan terus dimurahkan dan dipermudahkan rezekinya untuk hari2 mendatang.
Home / Pendapat
/ Tunduklah selalu agar kebun kita teduh selalu. usah selepas terhantuk baru gelabah.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan