Guna saluran betul kalau nak jadi PM, kata Dr Mahathir

SIAPA sahaja yang mahu menjadi perdana menteri perlulah mengikut saluran yang betul, kata Dr Mahathir Mohamad, senada dengan Presiden PKR Anwar Ibrahim.

“Kita dah setuju kena ikut cara yang betul,” katanya, mengulas kenyataan Anwar semalam iaitu mereka yang berminat untuk jadi perdana menteri perlulah melalui cara yang betul, bukan mengadakan mesyuarat tertutup.

Anwar berkata beliau tidak akan menghalang sesiapa pun yang berminat dengan jawatan itu, tetapi syaratnya mestilah dengan cara yang sah.

Pada malam Isnin lalu, satu mesyuarat diadakan di kediaman Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali bersama 22 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan beberapa ahli PKR yang kononnya membincangkan cara untuk memastikan Dr Mahathir kekal memegang jawatan itu selepas kekalahan PH pada PRK Tanjung Piai.

Bagaimanapun, Azmin berkata mesyuarat tersebut hanyalah “mesyuarat biasa”.

Menteri hal ehwal ekonomi itu sebelum ini beberapa kali secara terbuka menyokong Dr Mahathir terus berkhidmat sehingga habis penggal.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan