KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki kuasa penuh untuk menentukan siapa yang kekal atau disingkirkan daripada Kabinet.
Menteri
di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, berkata rombakan Jemaah
Menteri adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, menjadikan keputusan
akhir mengenai siapa bakal digugurkan pada tangan Dr Mahathir.
“Saya tahu mengenainya semalam dan tidak boleh komen. Ia adalah kuasa Perdana Menteri untuk menentukannya.
“Ini terpulang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad. Ini adalah kuasa yang diberikan kepada dia, saya tidak boleh komen.
“Jika anda majikan, anda yang buat keputusan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau
diminta mengulas kenyataan Dr Mahathir semalam yang membayangkan
rombakan Kabinet berlaku sebelum penganjuran Sidang Kemuncak Kerjasama
Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun depan.
Perdana Menteri
menjelaskan, rombakan Jemaah Menteri itu perlu dilakukan susulan
kekalahan besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK)
Tanjung Piai, baru-baru ini.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan