BANGKOK: Sekatan ekonomi yang dilaksanakan Amerika
Syarikat adalah tidak adil dan langsung tidak mengikut lunas
perundangan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Isu
sekatan ekonomi turut disebut oleh pemimpin ASEAN. Ia bertentangan
dengan undang-undang malah tidak ada peruntukan undang-undang yang
membenarkan sekatan ini.
“Malaysia juga disekat kerana
tidak boleh berdagang dengan Iran. Negara ini (Amerika Syarikat) kerap
bercakap tentang kedaulatan undang-undang namun mereka sendiri yang
tidak mematuhi prinsip perundangan,” katanya dalam sidang media selepas
Sidang Kemuncak ASEAN-PBB di Bangkok, Thailand.
Pada 30 Oktober
lalu Dr Mahathir berkata Malaysia berdepan tekanan yang sangat kuat
daripada pihak tertentu supaya menutup akaun bank individu dan syarikat
Iran di Malaysia.
Tambahnya Malaysia turut diancam bank-bank milik Malaysia di luar
negara akan ditutup sekiranya gagal berbuat demikian, katanya tanpa
menamakan pihak terlibat.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan