Siri demonstrasi di Hong Kong sudah memasuki bulan yang kelima. Tidak ada petanda bahawa ia akan reda.
Sebaliknya, keadaan semasa di Hong Kong bertambah teruk dari hari ke hari. Apa yang dilihat pada mulanya sebagai satu demonstrasi jalanan untuk menuntut agar satu rang undang-undang ditarik balik sudah bertukar menjadi satu gerakan yang menuntut pelbagai perkara termasuk pembaharuan demokratik di Hong Kong.
Situasi yang kita saksikan sekarang di Hong Kong ibarat sebuah medan pertempuran atau warzone. Tiada siapa yang menjangkakan bahawa krisis ini boleh menjadi sebegitu buruk.
- Di manakah penunjuk perasaan mendapatkan bom petrol dan senjata ketika bertempur dengan polis?
- Kenapakah para penunjuk perasaan sudah tidak takut akan pihak berkuasa sehingga mereka berani menyerang kembali anggota-anggota polis dan orang awam?
- Dalam beberapa siri tunjuk perasaan di bandar itu, kelihatan penunjuk perasaan yang mahukan sebuah kuasa besar untuk campur tangan dalam menyelesaikan kemelut yang sedang melanda. Mengapakah perlu menggesa kuasa besar untuk campur tangan?
- Di manakah mereka memperoleh sumber kewangan untuk membiayai operasi mereka?
Apa yang berlaku di Hong Kong adalah satu pengajaran berguna buat kita semua. Disebabkan kebencian dan amarah mereka kepada China, para penunjuk perasaan rakyat Hong Kong sanggup menjahanamkan negara mereka sendiri tanpa mengambil kira impak jangka panjang kepada masa sepan negara terbabit. Ini jelas satu perbuatan yang bukan sahaja bodoh bahkan juga mementingkan diri sendiri.
Episod hitam di Hong Kong juga memberi peringatan kepada Malaysia agar sentiasa bersiap-siaga berhadapan dengan sebarang kemungkinan ancaman kuasa-kuasa luar yang mungkin tidak senang duduk akan kejayaan negara. Pihak-pihak sedemikian akan cuba menggunakan apa sahaja taktik untuk melemahkan negara.
Lantaran itu, Malaysia perlulah mempersiapkan diri dalam berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Selagi negara kita kuat dan rakyatnya bersatu-padu, anasir-anasir luar yang dimaksudkan tidak akan dapat memporak-perandakan negara.
0 comments:
Catat Ulasan