Beliau berkata tindakan Dong Zong itu hanya akan menyebabkan orang Melayu mengadakan kongres mereka pula dan bercakap mengenai penutupan sekolah Cina.
“Anda melakukan perkara seperti itu, anda akan mendapat reaksi (orang Melayu).
“Kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, adalah penting bagi kita untuk mengambil berat tentang perasaan orang lain,” katanya ketika ditemui di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini hari ini.
Kabinet pada Ogos lalu mengekalkan keputusan pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tahun 4 tahun depan dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa.
Mahathir berkata di negara lain, rakyat akan turun ke jalanan, bergaduh sesama sendiri dan sebagainya kerana tuntutan-tuntutan seperti itu.
“Jika kamu mahu Malaysia jadi seperti itu, teruskan,” katanya.
Beliau berkata walaupun negara membenarkan kebebasan bersuara tetapi, rakyat juga harus sensitif terhadap bangsa lain yang tinggal di negara ini.
“Jika anda mula membuat serangan terhadap kaum lain atau melanggar Perlembagaan, keputusannya akan menyebabkan huru-hara, ketidakstabilan dan semua orang akan menjadi miskin dan kita akan melihat banyak rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain,” katanya
0 comments:
Catat Ulasan