MOA laksana proses pemutihan, kemas kini data penerima subsidi

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sedang menjalankan proses pemutihan dengan mengemas kini data penerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara dalam memastikan bantuan subsidi benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata usaha itu bertujuan untuk mengelak berlakunya ketirisan dalam pemberian subsidi berkenaan sekali gus dapat meningkatkan bekalan beras negara.

“Saya harap untuk data tahun depan, kita akan dapat kemas kini satu data yang lebih ‘genuine’ supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan ketirisan dalam pemberian subsidi ini.

“Tetapi saya nak beritahu ia bukan mudah (kemas kini data) kerana apabila melibatkan petani dan orang kampung, kita perlu cermat…untuk kita dilihat membantu mereka dan kita tidak boleh berkasar dengan terus menguatkuasakan sesuatu.

“Ia perlu ada perjumpaan, perundingan dan perjumpaan dengan golongan itu,” katanya pada Selasa.

Dalam Laporan Ketua Audit Negara Siri 2, 2018 yang dikeluarkan semalam, ada pesawah yang sudah meninggal dunia 40 tahun lalu menjadi antara 7,061 individu yang dikesan masih tersenarai sebagai penerima Skim Subsidi dan Insentif Pesawah Bagi Meningkatkan Bekalan Beras Negara.

Laporan itu turut mendedahkan ia mengesan antara 3,210 hingga 7,061 pesawah sudah meninggal dunia masih menerima subsidi dan insentif setiap musim berjumlah RM57.92 juta.

Mengulas lanjut, Salahuddin berkata sejak menerajui kementerian itu pada 20 Mei tahun lalu, beliau telah meneliti semua fakta berkaitan skim berkenaan sebelum mengarahkan proses pemutihan dilaksanakan.

“Kalau seseorang petani sudah meninggal dunia kita nak lihat siapa warisnya, jumlah atau keluasan tanah dan jumlah subsidi yang diterima.– BERNAMA
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan