Agong lantik Muhyiddin jadi PM ke-8

YANG di-Pertuan Agong memilih Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia kelapan, kata kenyataan Istana Negara.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Ahli Parlimen Pagoh itu dijadual mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok.

“Seri Paduka Baginda bertitah bahawa proses pelantikan Perdana Menteri tidak boleh dilengah kerana negara memerlukan kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai bersama,” kata Ahmad Fadil dalam kenyataan itu.

Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan itu selepas hari ini menerima senarai calon perdana menteri daripada ketua parti politik yang mempunyai wakil di Dewan Rakyat, termasuk anggota Dewan Rakyat bebas.

“Setelah mendapat represetasi daripada semua ketua-ketua parti politik yang mewkaili parti masing-masing serta ahli Dewan Rakyat yang bebas, pada hemat Seri Paduka Baginda, Ahli Dewan Rakyat yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat ialah YB Tan Sri Mahiaddin Md Yassin (Muhyiddin), Ahli Parlimen Pagoh (P143).”

Seri Paduka Baginda juga bertitah pilihan itu adalah keputusan terbaik untuk semua dan berharap agar kemelut politik ini berakhir.

Muhyiddin ketika ditemui media di kediamannya di Bukit Damasara menyuarakan rasa kesyukuran kepada Allah dan berterima kasih atas sokongan terhadap keputusan Istana Negara untuk melantiknya sebagai perdana menteri kelapan.

“Saya menjunjung kasih di atas perkenan Yang di-Pertuan Agong dan sebab itu saya ingin ucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan moral kepada saya.

“Dan kita telah pun berisitiqamah untuk menyatakan syukur atas anugerah diberikan Allah kepada saya.

“Saya hanya memohon untuk seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan diumumkan Istana Negara hari ini.”
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang hanya berusia 22 bulan tumbang pada 24 Februari selepas Bersatu yang mempunyai 26 wakil Parlimen memutuskan kerjasama politik.

Sebelas wakil rakyat PKR yang diterajui bekas timbalan presiden Azmin Ali juga mengumumkan mereka keluar parti.

Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan selaku perdana menteri tetapi dilantik semula sebagai perdana menteri interim oleh Agong. Beliau juga berundur sebagai pengerusi Bersatu.

Pada mulanya, Bersatu dan 11 wakil Parlimen bekas PKR yang memberontak mahu berpakat dengan Umno, PAS, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Warisan Sabah untuk membentuk “kerajaan Muafakat Nasional” dengan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Tanpa diduga mereka, Dr Mahathir sudah berpatah arang dengan Umno dan PAS, maka rancangan itu gagal.

Istana masuk campur apabila Agong menitahkan semua 222 ahli Parlimen datang menghadap bagi menentukan siapakah calon pilihan mereka sebagai perdana menteri atau mereka mahu pilihan raya umum baharu diadakan.

Umno dan PAS kemudiannya membatalkan sokongan kepada Dr Mahathir dan mengumumkan 57 wakil rakyat mereka mahukan pilihan raya baharu.
Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan selaku perdana menteri tetapi dilantik semula sebagai perdana menteri interim oleh Agong. Beliau juga berundur sebagai pengerusi Bersatu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Februari, 2020.
.
Selepas beberapa mesyuarat dengan kepimpinan Bersatu, Dr Mahathir kembali memegang jawatan pengerusi dan parti mengumumkan akan menyokong Muhyiddin sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, “sokongan” kepada Muhyiddin oleh Bersatu ini dipertikaikan Kadir Jasin yang mendakwa ia keputusan ahli Parlimen Bersatu dan bukannya pendirian rasmi parti.

Semalam juga, Umno dan PAS sekali lagi berubah pendirian apabila menyatakan sokongan kepada Muhyiddin.

PH yang hanya terdiri daripada DAP, PKR dan Amanah pada Selasa lalu, menyatakan sokongan kekal kepada Anwar tetapi pendirian itu berubah apabila mereka kembali menyuarakan sokongan kepada Dr Mahathir untuk menjadi perdana menteri.

Istana Negara hari ini telah menerima senarai pencalonan nama-nama bakal Perdana Menteri daripada ketua-ketua parti politik yang mempunyai wakil dalam Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Rakyat yang bebas
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan