Muhyiddin dapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat

MUHYIDDIN Yassin mendapat sokongan seramai 114 ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk jadi perdana menteri, kata Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Kerajaan baharu yang diketuai oleh presiden Bersatu ini nanti adalah kerajaan yang mendapat sokongan majoriti dan bukan minoriti, katanya.

“114 sokongan dari 222 ahli Parlimen. Itu yang diberitahu kita dah lebih jumlah.

“Jadi ini bukan kerajaan minoriti tapi kerajan majoriti,” katanya kepada wartawan di luar kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara.

Istana Negara dalam satu kenyataan sebelum itu menyebut Yang di-Pertuan Agong memilih Muhyiddin, yang juga Ahli Parlimen Pagoh, sebagai perdana menteri Malaysia kelapan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Muhyiddin dijadual mengangkat sumpah di hadapan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada pukul 10.30 pagi esok.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan