PUTRAJAYA – Pemimpin dan pendokong Pakatan Harapan (PH) diminta
jangan percaya dengan khabar angin kononnya akan berlaku perubahan
kerajaan kepada Pakatan Nasional.
“Dah lama dah kita dengar cerita ini.
Dalam masa yang sama PH dah lebih dua tahun memerintah,” kata Khalid
Samad, Pengarah Komunikasi Amanah.
Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, beliau penuh yakin kerajaan PH yang ada ini akan kekal dan bertambah baik.
Khalid berkata demikian ketika
mengulas berita angin kononnya Majlis Tertinggi Umno akan bermesyuarat
esok bagi memutuskan pembentukan gabungan baru yang dinamakan Pakatan
Nasional.
Ia adalah gabungan antara Pakatan
Harapan dan Barisan Nasional yang bakal mengabungkan Umno dan BN serta
Bersatu, Pas, kumpulan penyokong Azmin Ali dalam PKR dan parti dari
Sabah dan Sarawak
.
Mereka juga menunjukkan kononnya mempunyai bilangan yang cukup untuk memerintah negara.
PERISTIWA 1998, 2004
Dalam temubual secara langsung yang
dibuat Khalid dengan laman internet TV Jom Chanel malam tadi, Khalid
berkata, ada dua perkara yang patut menjadi panduan pemimpin dan
penyokong PH.
“Pertama, pastikan peristiwa 1998 ketika Tun bergaduh dengan Anwar tidak berulang. Ini kerana kedua-dua pihak luka kerananya.
“Kedua, pastikan peristiwa 2004
apabila Tun serahkan pucuk pimpinan negara kepada Abdullah Badawi. Pak
Lah telah buang dan tinggalkan semua apa yang Tun rancang.
“Pastikan kedua-dua ini tidak berlaku
agar peralihan pucuk pimpinan berlaku dengan baik dan sempurna,” kata
Khalid dalam sessi temubual mingguan beliau itu. – WILAYAHKU
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan