KUALA
LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Lokman Noor Adam
mendakwa lebih ramai pemimpin UMNO akan mengikut jejak Datuk Seri
Mustapa Mohamed meninggalkan parti.
Dalam video yang dimuatnaik di Facebook, hari ini, Lokman memberi jaminan langkah itu juga akan diikuti mereka yang berjawatan lebih tinggi di dalam UMNO.
Lokman yang juga Presiden Pemantau Malaysia Baru berkata, tindakan keluar parti itu disifatkan sebagai tali barut dan ia sudah pun tersebar di dalam parti.
"Kita tidak perlu pergi terlalu jauh. Saya berani jamin ada lagi ahli MKT yang sedang bersiap sedia untuk meninggalkan parti," katanya.
Beliau turut menggesa UMNO untuk menerima apa yang berlaku sebagai peluang untuk membersihkan parti.
Menurut Lokman, penghijrahan yang berlaku juga membolehkan UMNO untuk meneroka sepenuhnya hubungannya dengan PAS sekali gus meningkatkan potensi untuk memenangi Pilihan Raya Umum akan datang.
"Janganlah kita berputus asa. Sekalipun seluruh MKT kita pergi, biarkanlah mereka. Saya percaya dengan kerjasama baru dengan PAS, kita akan dapat lebih banyak kerusi Melayu," katanya.
Mustapa yang juga Ahli Parlimen Jeli mengumumkan keluar UMNO selepas lebih 40 tahun berkhidmat dalam parti itu, malam semalam.
Mustapa berbuat demikian susulan hala tuju UMNO pada masa kini tidak selari dengan perjuangannya.
Dengan keputusan itu, Mustapa secara automatik menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu turut meletak jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan berpandangan usaha ke arah memulihkan defisit kepercayaan dan imej parti semakin suk

0 comments:
Catat Ulasan