Oleh Hayar Hassan
Sehingga ke bulan Februari 2020 ini, umur Kerajaan Pakatan Harapan(PH) yang menerajui pemerintahan Malaysia di Putrajaya adalah sekitar 21 bulan sahaja. Kecuali beberapa orang menteri yang sudah berpengalaman, kebanyakan daripada menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri adalah orang baru dalam soal pentadbiran Negara.
Kenangan semasa menjadi pembangkang dahulu, rasanya masih menebal dalam pemikiran mereka.
Kata setengah orang, gaya pemikiran dan gerak kerja mereka masih terbawa-bawa dengan rentak membangkang. Terlalu banyak bercakap, tetapi kurang berkesan dalam tindakan-tindakan susulan.
Benar lah seperti kata orang. “ BERCAKAP ITU MUDAH, MELAKSANAKAN NYA PAYAH”.
Namun demikian, seiring beredarnya waktu, akhir-akhir ini sudah kelihatan bahawa pimpinan utama dalam parti-parti komponen PH sudah bertambah matang, tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan merugikan PH. Presiden-Presiden Bersatu, PKR, DAP, Amanah dan Warisan hanya mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang perlu, wajar dan tidak mengundang sebarang polimik. Setiausaha Agong DAP, YB Tuan Lim Guan Eng agak jarang muncul di TV atau pun di dada-dada akhbar. Kurang muncul di TV dan didada akhbar, mengurangkan cemuhan serta kritikan orang.
Perlu diketahui bahawa, masyarakat kita dalam era digital ini sangat suka bercakap@mengkritik@membawang kerana masing-masing memiliki telefon pintar !
Perlu difahami bahawa kalau sering muncul di TV dan media masa pun bukan lah tandanya seorang itu popular dan dihormati oleh rakyat. Almarhum Dato’ Nik Aziz Nik Mat, mantan MB Kelantan bukan lah tiap-tiap hari muncul di TV. Namun beliau sentiasa dihormati oleh semua pihak, kawan dan juga lawan.
Memang benar, kerja utama pemimpin-pemimpin politik adalah bercakap. Sebahagian daripada cakap-cakap mereka adalah dalam rangka membuat keputusan-keputusan besar yang melibatkan masa depan negara dan rakyat jelata. Apabila berlaku insiden-insiden terlepas cakap kerana diburu oleh emosi sendiri, maka kecoh lah minda rakyat buat seketika. Ada penyokong dan pendukung parti yang terkeliru dan melatah. Kesannya, persepsi masyarakat terhadap Kerajaan PH akan merudum.
Dalam dunia digital serba canggih sekarang ini, pemimpin-pemimpin politik sewajib nya tahu bahawa ada semacam satu virus yang mudah tersebar seandainya sesaorang pemimpin itu terlajak cakap dan tindakan.
Terlajak cakap dan tindakan itu boleh bermaksud terlalu beremosi sewaktu bercakap serta bertindak, bercakap benda-benda tak masuk di akal, terlalu berangan atau pun menggunakan bahasa-bahasa yang kesat serta kasar dalam bertindak. Orang ramai akan meluat kepada pemimpin-pemimpin yang terlajak cakap dan bertindak.
Disamping itu, ada tokoh-tokoh yang berwatak angkuh dan merasakan dirinya sendiri terlalu hebat. Istilah anak-anak muda sekarang ini “ POYO@PROUD OF YOUR OWN”.
Dalam dunia digital sekarang ini, berita dan cerita-cerita amat cepat tersebar, apatah lagi kalau berita-berita sensasi dan panas. Lihat lah sekeliling kita, hampir majoriti masyarakat kita akan menatap telefon pintar, sama ada menatap Facebook, Whatsapp, Instagram, U-tube ,Telegram dan lain-lain lagi.
Kalau kita amati, sudah banyak individu-individu yang suatu masa dahulu menjadi tokoh-tokoh Reformasi, tetapi sudah ketinggalan keretapi dalam arus politik negara. Tidak perlulah dinamakan tokoh-tokoh ini. Semua orang sudah tahu.
Antara kesilapan mereka adalah terlajak cakap dan terlajak dalam tindakan. Dalam hal ini, benarlah saranan dari sudut agama Islam. “ Sebaik-Baik Amalan Adalah Bersederhana”.
Kembali kepada isu persepsi masyarakat terhadap kelangsungan Kerajaan PH sekarang ini, berita terhadap kesungguhan Perdana Menteri Malaysia ke 7 YAB Tun Dr Mahathir Mohamed untuk melepaskan jawatan PM adalah suatu berita yang amat positif ! Suatu berita yang sememang nya dinanti-nantikan.
Dikatakan YAB Tun Dr Mahathir akan menunaikan janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri Malaysia kepada DSAI menjelang November 2020 nanti.
Sebelum ini tersebar pelbagai ulasan dan komen khususnya daripada pimpinan PAS bahawa akan ada usul “UNDI PERCAYA TERHADAP PM” di sidang Parlimen akan datang.
Ini adalah contoh terbaru aksi “Terlajak Cakap” oleh pemimpin politik. Ada pihak menamakannya sebagai angan-angan Mat Jenin atau pun labun Pak Lebai Malang sahaja. Anak-anak muda menganggap nya sebagai cerita-cerita penglipur lara sahaja.
Akhir nya kita amat berharap agar semua pimpinan utama parti-parti dalam gabungan PH, pemimpin-pemimpin pertengahan serta aktivis-aktivis parti dapat beraksi, bercakap serta bertindak dengan lebih matang, sederhana dan lebih bertanggongjawab agar rakyat TIDAK MELUAT DENGAN PH !
Namun begitu kita hendak lah selalu diingatkan bahawa usaha-usaha untuk memporakperandakan Kerajaan PH akan berterusan. Cuma nya kita jangan terjebak ke dalam perangkap yang sentiasa terpasang itu. Perkara-perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia demokrasi. Bercakap dan bertindak lah secara sederhana dan penuh hikmah.
“ ULAR ITU TIDAK AKAN HILANG BISA NYA SEWAKTU MENYUSUR AKAR”!
Tugas utama kita pada masa sekarang adalah berusaha semaksima yang mungkin untuk menunaikan segala janji-janji dalam manifesto PRU 14 supaya Kerajaan PH yang ada sekarang ini BUKAN NYA KERAJAAN SEPENGGAL !”.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan