SIAPA sebenarnya gembira dengan peralihan secara paksa kerajaan daripada
PH kepada PN? Apakah yang benar-benar gembira dan seronok Muhyiddin
Yassin secara peribadi kerana beliau dilantik menjadi PM yang memimpin
kerajaan berkenaan?
Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen.
Jika dilihat secara zahir begitulah. Muhyiddin perlu berasa seronok dan gembira kerana jawatan itu merupakan jawatan tertinggi yang menjadi idaman semua orang, khasnya yang menjadi ahli parlimen.
Sesiapa yang memasuki jelumu politik ikut bertanding dalam pilihan raya
di kerusi parlimen, adalah bodoh kalau dia tidak mempunyai cita-cita
untuk jadi perdana menteri.
Ada beberapa orang atau individu utama yang seharusnya menerima kesan langsung baik benefits atau accountability
dengan kejayaan menggulingkan kerajaan PH itu. Mereka itu sama adalah
orang perlu dipertanggungjawabkan dan berhak menerima hasil daripada
kejayaan menumbangkan kerajaan itu.
Individu itu selain Muhyiddin, yang terkait sama adalah Ahmad Zahid
Hamidi, Abdul Hadi Awang, Mohamed Azmin Ali (Minrit) dan Abang Johari
Openg. Inilah empat individu atau kepala yang membentuk mufakat
perompakan dan menggulingkan kerajaan PH dan seterusnya memberi ruang
keemasan buat Muhyiddin untuk jadi PM.
Hadi dah dapat bahagian, Zahid belum lagi. Tolonglah Tokguru...! |
Seharuslah beliau berbangga dan berterima kasih kerana kerja jahat itu
akhirnya meletakkan beliau di kerusi nombor satu itu yang mana mungkin
beliau tidak pernah terfikir sebelum ini? Muhyiddin tidak pernah pun
bermimpi untuk menjadi perdana menteri apalagi selama berada dalam
kerajaan PH lalu telah membuat konsensus yang Anwar Ibrahim akan menjadi
pengganti Dr Mahathir.
Bukan sahaja orang umum, Dr Mahathir pun terkejut dengan apa dilakukan
Muhyiddin itu, dan beliau sendiri tidak menyangka kalau Muhyiddin ingin
jadi PM. "Saya tidak sangka rupa-rupanya dia (Muhyiddin) nak jadi PM,"
demikian ulas Mahathir.
Ternyata tuah yang datang menggolek tanpa melalui liku-liku yang panjang
untuk tiba di kakinya. Beliau hanya perlu lupa soal maruah, sanggup
melanggar prinsip persahabatan dan sedia bersekongkol dengan musuh. Maka
beliau wajar berbangga dan berpuas hati dan kejayaan itu sejarah
tertinggi beliau dalam politik.
Apabila Muhyiddin mendapat habuan besar tidak bermakna empat orang lain juga secara automatik berasa atau mengalami perasaan sama seperti Muhyiddin itu. Bagaimana dengan Zahid, Azmin, Hadi dan Johari Openg? Apakah mereka berempat ini mendapat imbuhan sepadan dengannya Muhyiddin? Mungkin tidak bagi Johari Openg tetapi bagi Zahid dan Azmin khasnya perlu dinilai secara mendalam. Mereka tentu menuntut keadilan dan kesaksamaan setelah usaha mereka berjaya.
Dalam hal ini individu yang sangat mengharap kejayaan itu memberi keuntungan kepadanya adalah Zahid Hamidi.
Beliau mungkin mengira dan berharap perubahan kerajaan itu akan dapat
membantu kedudukannya, namun ternyata sesudah dua bulan berlalu belum
ada tanda-tanda apa yang mungkin diharapkan itu menjadi kenyataan. Tidak
ada lebih utama bagi Zahid kenapa sedia memberi sokongan kepada
Muhyiddin dengan harapan beliau dilepaskan dengan tali jerat ekoran
pertuduhan di mahkamah.
Walaupun tidak ada perjanjian bersyarat seperti itu, tetapi itulah yang tertusuk jauh di sanubarinya.
Zahid menghadapi lebih 80 pertuduhan dimahkamah dimana tuduhan itu
menjadi dosa dan noda buatnya. Dengan tuduhan itu reputasinya sebagai
ahli politik merudum dan beliau berada dalam persepsi menjijikkan.
Masyarakat menganggap bahawa beliau seorang pemimpin yang korup.
Walaupun belum ada keputusan mahkamah tetapi itulah yang berlegar dalam
kepala umum kini.
Zahid sendiri menyedari apa dihadapi itu sangat buruk dan memalukannya.
Gara-gara dihadap ke mahkamah menyebabkan beliau mengambil keputusan
bercuti daripada jawatan presiden Umno selama setahun?
Makanya, Zahid menunggu apakah balasan dan imbuhan buat beliau daripada
Muhyiddin? Seperti dikatakan tadi, kalau itu bukan syarat kerjasama,
tetapi bacaan politik ke situ. Zahid dan juga para penyokongnya dan
orang yang berharap Zahid akan disuci oleh kerajaan baru itu sedang
menunggu bila Peguam Negara akan membuat semakan terhadap segala
pertuduhan ke atas Zahid?
Mereka sedang memerhati apakah tindakan Muhyiddin untuk mensucikan
presiden Umno itu. Tanpa dilakukan sesuatu untuk membantu Zahid,
kerjasama dan rompakan secara muafakat itu tidak membawa apa-apa erti
pun buat Umno.
Bukan sahaja apa yang berlaku kepada persekitaran peribadi dirinya, cara Muhyiddin membahagikan harta sepencurian kepada Umno tidak adil. Sebab itu kini sudah terdengar cakap-cakap tidak puas hati dari kalangan pemimpin Umno mengenai perjalanan kerajaan PN. Terbaru Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengatakan tanpa berlapik yang Umno tidak ada sebarang perikatan dengan PN seperti mana Umno dengan Pam melalui Muafakat Nasional.
Bererti Mohamad Hasan tidak mengiktiraf kerajaan PN dan cuba memberi
gambaran yang kerajaan PN boleh goyah bila-bila masa sahaja. Malahan
Zahid sendiri juga sudah mula bersuara menyatakan ketidakpuasan hatian
sekaligus mempersoalkan apakah "perasaan" Muhyiddin terhadapnya dan
partinya apabila Zahid menulis surat meminta Muhyiddin melantik beberapa
pemimpin Umno Sabah ke dalam kerajaan.
Surat Zahid itu dilihat perkara biasa, tetapi ia memberi natijah dan
pengertian lebih dalam dari itu. Pemerhati mula melihat Umno sudah mula
menuntut haknya yang sewajarnya daripada kerajaan PN.
Selain Zahid, Azmin (Minrit) juga tidak mendapat sepenuhnya apa yang
dihajati dengan penggulingan kerajaan PH itu. Azmin mungkin boleh
tersenyum lebar kerana berjaya mengecewakan Anwar Ibrahim, tetapi
senyuman dan rasa puas itu tidak sampai ke lubuk hati.
Kesediaan ahli Parlimen Gombak itu untuk mengkhianati rakan-rakan dalam
PH termasuk bosnya sendiri Anwar Ibrahim dan sanggup menerima cacian dan
cercaan sepanjang zaman belum diberikan upah secukupnya oleh Muhyiddin.
Dalam kata lain Azmin masih belum mencapai apa yang diidamkan.
Dunia tahun Azmin bercita-cita untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Sudah lama dia menarah angan-angannya ini dan angan-angan inilah dijual
kepada orang-orang Keadilan sehingga ada orang Keadilan yang "angin
tohor" percaya dan sanggup mufaraqah daripada keadilan untuk bersama
Minrit. Salah seorang adalah Jaaffar Kamaruddin.
Alih-alih apabila membentuk kabinet Muhyiddin tidak mewujudkan jawatan
TPM, sebaliknya diganti dengan mewujudkan jawatan empat menteri kanan
yang salah seorangnya diisi oleh Minrit. Jawatan itu sama taraf dengan
Dr Radzi Jidin yang baru belajar politik yang juga dilantik menjadi
menteri kanan kiri.
Begitu juga dengan Abdul Hadi Awang. Walaupun beliau cuba
menunjukkan sikap tawaduknya dan tidak gilakan kuasa, tetapi nun jauh di
sudut hatinya beliau juga mengharapkan sesuatu yang lebih daripada
diperolehi kini. Tidak berbaloi beliau hanya dilantik menjadi Duta Khas
kepada Perdana Menteri untuk negeri Timur Tengah. Seandainya beliau
tulus dan ikhlas berjuang tanpa mahukan kuasa, beliau tentu tidak sedia
menerima tawaran (permintaan sebenarnya) untuk menjadi Duta Khas kepada
Perdana Menteri yang tidak mempunyai bidang kuasa diplomatik
sepenuhnya.
Sebagai presiden Pas setidak-tidaknya, Hadi sepatutnya berada di barisan
menteri kanan, kalau pun dirasakan tidak logik dan berkelayakan untuk
dilantik menjadi perdana menteri. Tentu sekali orang tua itu mahu dan
teringin juga untuk ikut sama mengangkat sumpah di hadapan Yang
diPertuan Agong dan bukan hadir hanya untuk meraikan pelantikan orang
lain.
Disebabkan mereka terlibat atau menjadi master mind dalam kudeta
itu tidak dilayan dengan adil, maka itulah sebab sudah timbul desas
desus dan cakap-cakap kurang manis mengenai kerajaan PN. Sudah ada yang
berani memberi kata dua kepada Muhyiddin dari kalangan komponen PN
sendiri. Sudah ada yang menytindir dari jauh dan sudah pun sampai ke
telinga Muhyiddin dan ia memedihkan.
Paling menonjol dan mempamerkan rasa tidak puas hati dengan cara
Muhyiddin ialah daripada Umno. Misalnya beberapa orang pemimpin Umno
mengkritik Azmin secara terbuka sebagai seorang menteri dikatakan
menteri kiri kanan. Perlu difahami kritikan dan rasa mual kepada Minrit
yang ditimbulkan oleh orang-orang Umno itu adalah sebagai perbuatan
pukul anak untuk sindir menantu.
Mereka mempersoalkan wibawa dan kemampuan bekas Timbalan Presiden
Keadilan itu menguruskan kementerian MITI itu. Apabila kewibawaannya
dipersoalkan, bermakna persoalan dan pertikaikan itu dilemparkan kepada
orang yang melantiknya.
Kesimpulannya selain Muhyiddin, kesemua pihak lain tidak berpuas hati
dengan cara kerajaan PN dibentuk dan Muhyiddin mengurusnya. Rasa tidak
puas hati ini akan terus "memborak" carik dan meluas. Jika Muhyiddin
tidak segera menanganinya ia berpotensi besar untuk menjadikan kerajaan
PN retak kemudian terbelah.
Sidang pertama parlimen walupun sehari pada 18 Mei ini benar-benar
mengganggu emosi Muhyiddin. Apa-apa sahaja boleh berlaku pada hari itu.
Tindakan menghadkan sidang hari satu hari jelas menunjukkan
ketidakyakinan Muhyiddin terhadap sokongan kepadanya.
Wabak Coronavirus walaupun dari satu sisi membantu untuk menyelamatkan
Muhyiddin daripada diserang hendap oleh oposisi habis-habisan, tetapi
dari sisi lain ia menjadikan Muhyiddin dalam serba salah dan terpaksa
memikul beban sebagai PM yang berat. Dalam situasi tidak menentukan ini
beliau tidak perlu dihimpit dan dijempit dengan masalahan dalam PN
seperti disebut tadi mengenai rasa ketidakpuasan hati berbagai pihak.
0 comments:
Catat Ulasan