Bekas Adun sertai semula PKR Sarawak selepas ‘kartel’ keluar

KUCHING: Bekas Adun Padungan Dominique Ng, yang keluar PKR pada 2011 berikutan insiden yang disifatkannya sebagai pengkhianatan oleh “kartel YB” menyertai semula parti itu hari ini.

Dalam satu kenyataan, peguam itu berkata, pemimpin yang mengkhianati beliau yang disifatkannya sebagai “pembelot” sama telah keluar PKR atau dipecat.

Katanya, beliau memikirkan perkara itu untuk tempoh yang panjang kerana beliau keluar parti 9 tahun lepas “dengan perasaan sangat sedih dan kecewa”.

“Saya keluar PKR kerana dikhianati oleh ‘kartel YB’ dalam parti. Kerusi saya di Padungan ditukar dengan wakil DAP Voon Lee Shan di Batu Lintang pada saat-saat akhir, sekali gus menumpaskan 2 YB yang agak aktif yang bekerja keras untuk pengundi mereka.
“Bagaimanapun selepas sikap dan watak sebenar kumpulan ‘pembelot’ didedahkan dan mereka sama ada keluar parti atau dipecat, PKR meminta saya kembali ke dalam parti bagi membantu pada waktu ia mengalami krisis dalaman,” katanya.

Katanya beliau tidak mahu PKR musnah di tangan bekas pemimpinnya.

“Saya berharap PKR akan menjadi parti lebih baik, yang benar-benar memperjuangakan keadilan untuk rakyat. Demi rakyat Sarawak saya bersedia melupakan perkara lepas dan telah pun memaafkan mereka yang mengkhianati saya,” katanya.

Dominique, yang juga merupakan presiden Persatuan Aspirasi Rakyat Sarawak (SAPA) berkata, beliau akan terus memperjuangakan hak negeri Sarawak.
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan