Ramai yang merungut dan mendakwa bantuan yang sepatutnya dijanjikan berjumlah RM800, bagaimanapun hanya menerima RM500 sahaja.
“Kita tak mahu kita diperkotak-katikkan macam moratorium tempohari. Sudahlah kelulusan ambil masa tiga purnama,” catat pengguna Twitter, Ocenbe yang meminta warga maya lain memanjangkan hantaran agar gesaan mendapat perhatian pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan.
Guys, siapa BPN yang baru dapat lulus dan sepatutnya dapat 800 tapi diberitahu 500, mohon reply sini.... Tolong RT dan sebarkan... Kita takmau kita diperkotak-katikkan macam moratorium tempohari... Sudahlah kelulusan ambil masa 3 purnama— OCXÆ A-12N (@Ocenbe) May 8, 2020
“Saya tak tahu tapi gaji saya bawah RM2k tau, bukan atas RM2k. Tambah pula saya tak pernah bayar cukai pun lagi. Apa ni,” luah pengguna bernama Atiqah Soleha.
Selain itu, ada kalangan warga maya tidak faham bagaimana pemilihan dibuat kerajaan terhadap mereka yang masih bujang namun dikatakan permohonannya ditolak kerana bersama ‘pasangan’ di dalam permohonan sama.
“Saya belum mempunyai pasangan, tapi alasan gagal sebab “pemohon sebagai pasangan.”
“Pasangan mana ni, tak pasal-pasal saya gaduh dengan teman wanita pagi ni,” tulis Muhamad Anwaruddin Ahmad lalu mendapat reaksi ketawa daripada pengikut Twitter lain.
Hafiz Haziq juga menyatakan nasib sama menimpa rakannya yang gagal permohonan gara-gara dikatakan berpasangan serta memiliki perniagaan.
“Member sudahlah bujang. Pasangan mana pun tak tau mana datang. Nak kata berniaga sendiri pun mana ada (daftar) SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).
Seorang lagi pengguna Twitter, Siti Suhaida terkejut setelah gagal mendapat BPN fasa pertama lalu namun kali ini alasan rayuannya ditolak disifatkan tidak masuk akal sebaik menyemaknya di dalam talian
.
“Ini macam mana? Gaji aku bukan 4k!” rungut Suhaida dengan mengepil tangkap layar semakan itu. Menerusi gambar itu, bantuan fasa pertama ditolak kerana status mendakwa dia seorang pelajar manakala rayuan ditolak kerana dikatakan berpendapatan melebihi RM4,000.
Suhaida mendakwa menerusi ciapan balas di bebenang bahawa dia menerima gaji kurang RM3,000.
Sehubungan itu, kebanyakan warga maya lain memberi cadangan kepada pihak berkenaan agar menghubungi talian dan e-mel Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan melibatkan jumlah RM1.7 bilion seperti diumumkan kerajaan semalam.
Kelulusan dibuat selepas LHDN selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan serta pembayaran kepada pihak yang layak akan dibuat secara sekaligus mulai 15 Mei
0 comments:
Catat Ulasan