Ada yang mengadu permohonan ditolak kerana mempunyai perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) lalu cadangan diberi supaya mereka pula memohon Geran Khas Prihatin (GKP).
“Berikan sahaja kepada semua tanpa apa-apa tapisan ketat. Ada rakyat yang bergantung pada BPN semata-mata,” tulis Edwin Michael di Facebook.
“(BPN) Ini pemberian bantuan kepada rakyat yang terkesan akibat Covid-19,” katanya selepas dihubungi ProjekMM.
Edwin atau Raziq Michael berkata ramai keluarga hilang punca pendapatan ekoran larangan berniaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hampir dua bulan lalu.
“Tak bagi BPN lepas itu suruh mohon GKP itu untuk apa? Lagi parah duit geran tu masuk (bulan) Jun dan dimasukkan dalam akaun syarikat. Bukan untuk urusan keluarga,” kata Edwin merujuk cadangan diberikan kerajaan terhadap permohonan yang ditolak.
Tambahnya, lebih menyedihkan melihat golongan kelas pertengahan M40 juga terkesan, sedikit sebanyak mengubah corak kehidupan mereka dan dilihat sebaris golongan B40.
“Ada yang sudah dua bulan tak ada pendapatan tapi sebab SSM ditolak. Ini lagilah parah. Bagaimana mereka nak teruskan hidup,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Edwin percaya kerajaan mampu melaksanakan tanggung jawab terhadap rakyat ketika dihimpit musibah.
Beliau berharap kerajaan terutama agensi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapatkan data-data terkini dengan menyilang semak dengan pelbagai sumber bagi mengatasi masalah seperti diluahkan ramai pihak.
“Ketika keadaan genting macam ini sangat ‘jahat’ kiranya kalau kerajaan memilih siapa boleh terima bantuan dan siapa yang tidak layak,” katanya lagi.
Sementara itu, pengguna Twitter Syo-kay@forsyo mendakwa terdapat pertambahan syarat diletakkan LHDN di ruangan soalan lazim (FAQ) di portal semakan BPN.
“Dalam FAQ BPN (pada) 17 April, ada 43 soalan lazim.
“Tiada satu pun perkataan SSM dalam FAQ 9 muka surat itu.
“9 Mei, keluar FAQ untuk permohonan baharu dan rayuan,” tulis Syo-kay, sambil merujuk dua tangkap layar di laman itu.
Syo-kay mendakwa syarat baru yang muncul semalam memperlihatkan kenyataan di ruangan 5, bilangan 5 iaitu keterangan permohonan tidak lulus kerana pemohon atau pasangan mempunyai syarikat berdasarkan data SSM.Dalam FAQ Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 17 April, ada 43 soalan lazim.— Syo-kay (@forsyo) May 10, 2020
Tiada satu pun perkataan SSM dalam FAQ 9 muka surat itu.
9 Mei, keluar FAQ untuk permohonan baharu dan rayuan.
Tiba-tiba muncul:
-No.5.5 SSM
-No.10 RM500 vs RM800 untuk bujang
Apa jadah @tzafrul_aziz? pic.twitter.com/XrwHRIMppz
Semakan ProjekMM mendapati perkara 10 menjelaskan bantuan RM500 diperoleh bagi golongan bujang yang mempunyai perniagaan pemilikan tunggal (bukan syarikat Sendirian Berhad) atau bekerja sendiri.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas hari ini berkata jumlah penerima BPN setakat ini adalah 10.6 juta orang, melibatkan bayaran berjumlah RM11 bilion.
Katanya 2.3 juta permohonan BPN diluluskan semalam, termasuk yang baru dan rayuan dan melibatkan jumlah perbelanjaan RM1.7 bilion.
Putrajaya juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh rayuan permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.
0 comments:
Catat Ulasan