Ahli Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham menitipkan pesanan kepada
Kerajaan Negeri Perak sebelum melepaskan jawatan sebagai speaker Dewan
Undang Negeri (DUN),
Untuk rekod, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Perak jatuh ke tangan
Perikatan Nasional (PN) akibat percaturan ‘Langkah Sheraton’ yang
merubah landskap politik di peringkat persekutuan dan negeri.
Dalam ucapannya, Koo Ham antara lain mengingatkan tentang kepentingan
menjalankan amanah mentadbir kerajaan berlandaskan undang-undang.
Ini termasuk dalam soal pemilihan speaker baru, yang menurut beliau
hanya boleh berlaku jika terdapat kekosongan dan notis perlu diberikan
tujuh hari sebelumnya.
“Jika speaker itu dipilih tidak menurut perintah tetap, akan jadi isu tentang sama ada ia sah dari segi undang-undang.
“Saya sebagai pengamal undang-undang mahu memastikan Dewan ini diuruskan mengikut undang-undang dan bukannya dengan cara ugutan.
“Ini sangat memalukan,” katanya pada persidangan DUN Perak
Beliau berkata demikian merujuk percubaan Menteri Besar Perak, Datuk
Seri Ahmad Faizal Azumu untuk memulakan usul undi tidak percaya bagi
mendesak beliau meletakkan jawatan.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan