KOTA BARU: Jika sebelum ini mereka digelar 'katak',
namun kini kumpulan wakil rakyat yang bertindak melompat parti dirujuk
sebagai 'monyet' oleh oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya monyet berkenaan sudah tidak sabar untuk melompat ke pokok lain
setelah mereka dapati pokok yang diduduki sebelum ini kehabisan buah.
Merujuk kepada mereka yang meninggalkan PAS bagi menyertai Parti Amanah
Negara (Amanah), beliau menyifatkan kumpulan itu seperti "monyet yang
tidak sabar tidak setia kepada perjuangan."
"Ini monyet tidak tahu makna istiqamah. Sebaik sahaja mereka sudah tidak
memiliki buah, mereka segera melompat ke pokok lain yang mempunyai
buah-buahan.
"Mereka meninggalkan pokok itu tanpa memahami makna istiqamah dan
cabaran-cabaran yang dihadapi," katanya ketika Himpunan Fastaqim di
sini, Sabtu.
Petikan Berita: Mstar /Ahad, 18 Oktober 2015 11:00 PM
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan