Walaupun negara masih diancam pandemik Covid-19, pemimpin kanan Pas
Kedah dan Umno dikatakan menghadiri pertemuan tertutup di Alor Setar semalam
Pertemuan tersebut difahamkan dihadiri Setiausaha Agung Pas,
Takiyuddin Hassan, Pesuruhjaya Pas negeri, Ahmad Yahaya, dan ahli
jawatankuasa pusat parti itu merangkap ketua pembangkang, Muhammad
Sanusi Md Nor.
Kesemua 15 Adun Pas menghadiri perjumpaan berkenaan yang diadakan di Kompleks Pas Kedah, lapor BH Online.
Turut tiba di situ menjelang tengah hari tadi ialah Naib Presiden Pas
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dan Pengerusi Umno Kedah, Jamil Khir Baharom.
Tempias pergolakan Pakatan Harapan (PH) dan Bersatu di peringkat
Pusat menyaksikan kedudukan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri
Besar dengan 19 Adun PH goyah.
Di negeri yang mempunyai keseluruhan 36 kerusi itu, Pas ada paling
ramai Adun dengan 15 kerusi diikuti PKR (7), Bersatu (6) dan AMANAH (4)
manakala DAP dan BN masing-masing ada dua kerusi.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan