TOMMY Thomas berkata beliau tidak akan pernah bersetuju dengan
perjanjian dicadangkan oleh Riza Aziz bagi menggugurkan pertuduhan
pengubahan wang haramnya.
Bekas peguam negara itu berkata, ia akan mengkhianati kepercayaan
perdana menteri dan kerajaan Pakatan Harapan diberi kepadanya jika
membenarkan perjanjian itu.
“Oleh kerana Tan Sri Idrus (peguam negara) berusaha memberi
pertimbangan terhadap pandangan saya yang kononnya ‘bersetuju secara
prinsipnya’ (yang kesemuannya adalah rekaan), izinkan saya menyatakan
secara terbuka bahawa saya tidak akan pernah meluluskan perjanjian ini,”
katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, tindakan demikian hanya akan menjejaskan
kredibilitnya sebagai pendakwa raya yang berkhidmat secara jujur dan
profesional demi rakyat.
Kenyataan terbaru Thomas mengenai perkara itu susulan kenyataan oleh Peguam Negara Idrus Harun
semalam yang Thomas secara prinsipnya bersetuju mempertimbangkan
perjanjian dicadangkan oleh Riza untuk menggugurkan pertuduhan
pengubahan wang haram terhadapnya sebagai balasan semua harta dan wang
yang diperoleh oleh Riza Aziz akan dipulangkan kepada kerajaan.
Idrus berkata, beberapa kali menghantar representasi kepada Pejabat
Peguam Negara menerusi peguam cara beliau, Tetuan Scivetti &
Associates, agar tuduhan terhadapnya dikaji semula.
Riza berdepan lima pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah
AS$248 juta yang berkait dengan 1MDB di antara April 2011 dan November
2012.
Sekiranya bersalah, beliau boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun dan denda hingga RM5 juta.
“Saya telah dinasihatkan bahawa mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy
Thomas, setelah meneliti surat representasi ini, melalui satu minit
bertarikh 19 November 2019, telah memohon pandangan daripada Timbalan
Pendakwa Raya Kanan Dato’ Seri Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan
berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia
untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.
“Saya telah diberitahu lebih lanjut bahawa Sri Ram, setelah
berkonsultasi dengan ketua SPRM Latheefa Koya, menyarankan agar proposal
yang dinyatakan dalam surat perwakilan diterima oleh SPRM.
“Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Dato’ Seri Gopal Sri Ram,
setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) ketika itu, Puan Latheefa Koya, telah
mencadangkan agar cadangan-cadangan yang dinyatakan di dalam
representasi tersebut diterima oleh SPRM,” kata Idrus dalam kenyataan
pada Ahad.
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan