Berkuatkuasa hari ini 24 Jun 2020 Pulau
Pinang mengumumkan bahawa solat waktu berjemaah, jumaat dan Aidiladha
telah dibenarkan mengikut keluasan ruang solat masjid masing-masing.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Menteri 1
Pulau Pinang, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abd Rahman, setelah meneliti dan
mengadakan perbincangan dengan semua pihak berkaitan termasuk Jabatan
Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang, Jabatan Mufti Negeri Pulau
Pinang dan Jabatan Kesihatan Negeri maka kadar bilangan jemaah adalah
mengikut ruang keluasan solat masjid dan surau serta kemampuan pihak
pengurusan dengan mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1
meter.
Malah tegasnya, ia terbuka kepada ahli kariah dan orang awam dan
solat jenzah pula hanya dibuka kepada ahli keluarga dan ahli kariah
sahaja.
“Jemaah berusia kurang daripada 15 tahun tidak dibenarkan dan keutamaan jemaah adalah yang berusia 15 tahun hingga 70 tahun.
“Manakala jemaah berusia 71 tahun dan keatas yang sihat boleh hadir solat, namun begitu ia tidak lah digalakkan.
“Sementara itu jemaah yang hadir hendaklah tidak mempunyai sebarang
gejala Covid-19 seperti demam, batuk dan selsema serta mereka yang
mempunyai gejala berkenaan dan berisiko tinggi mudah mendapat jangkitan
penyakit seperti warga emas, penghidap penyaklit asma, kronik atau
seumpamanya tidak dibenarkan hadir,” jelas beliau.
Tambahnya, kuliah atau ceramah dibenarkan selepas solat fardhu Maghrib hingga waktu Isya setiap hari.
Sehubungan itu katanya, ceramah dan kuliah selepas solat fardhu Subuh
dan Asar hanya dibenarkan setiap hari Sabtu dan Ahad dan terhad selama
20 minit sahaja.
“Penceramah yang dijemput haruslah mereka yang mempunyai tauliah
mengajar dan bermastautin di Pulau Pinang sahaja serta ruang musafir
khas dibenarkan untuk masjid dan surau bermula jam 6 pagi hingga 9.30
malam.
“Kadar bilangan jemaah Jumaat mengikut kadar bilangan mengikut
keluasan ruang masjid dan surau Jumaat serta kemampuan pihak pengurusan
mengambil kira penjarakan sosial sekurang-kurangnya 1 meter dan tidak
kurang 40 orang jemaah yang memenuhi syarat wajib Jumaat.
“Bagi solat sunat Aidiladha pula jemaah berstatus warganegara
Malaysia yang terdiri dari kalangan ahli kariah dan orang awam adalah
dibenarkan, manakala mereka yang sihat tetapi mempunyai kontak rapat
dengan individu bergejala seperti Covid-19 dan mudah mendapat jangkitan
penyakit seperti warga emas, penghidap penyakit asma, kronik atau
seumpamanya tidak dibenarkan hadir,” ujar beliau.
Untuk Ibadah Korban pula katanya, ia dibenarkan dan hendaklah
mematuhi ‘SOP” yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Majlis Keselamatan Negara seperti merekod kehadiran masuk ke masjid
dan surau Jumaat, mengambil suhu badan, menjaga penjarakan sosial
sekurang-kurangnya 1 meter di dalam dan luar masjid maupun surau serta
menjaga kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun atau
menggunakan cecair sanitasi tangan.
Home / Berita
/ Pulau Pinang benarkan solat berjemaah, Jumaat dan Aidiladha di masjid bermula hari ini
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan