Michael, 44, berkata ini berikutan sokongan warga maya terhadap beberapa tanda pagar menyokong protes itu.
“Tetapi rasa lagi baik kita risaukan diri sendiri #malaysianlivesmatter.
Protes besar-besaran berikutan kematian individu bernama George Floyd, 46, yang ditahan polis kerana didakwa cuba menggunakan wang palsu di sebuah kedai dekat Minneapolis, Minnesota.
Insiden menimbulkan kemarahan rakyat apabila rakaman video tular di Facebook, menunjukkan pegawai polis menggunakan kekasaran ketika menahan Floyd.
Pegawai polis itu menekan lututnya di leher Floyd selama hampir sembilan minit sehingga mangsa sukar bernafas.
Floyd Lelaki kemudian disahkan meninggal dunia di hospital.
Terdahulu, Michael berkata pandangan berkenaan bukan bermakna beliau bersetuju dengan apa yang berlaku di negara Uncle Sam itu.
“Saya membantah kekasaran polis dan rasis. Apa yang berlaku di sana tidak patut terjadi di tempat lain dalam dunia,” katanya lagi.
0 comments:
Catat Ulasan