Ini berikutan Syed Saddiq yang dipanggil Bukit Aman untuk memberi keterangan semalam berhubung temubualnya dengan stesen televisyen antarabangsa Al-Jazeera pada 6 Mac lalu.
Ahli parlimen Muar berkata berkata kebebasan media semakin dikawal apabila seorang wartawan portal dipanggil polis kerana menyiarkan laporan berkenaan serbuan imigresen di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Katanya dua kes terbaru melibatkan dirinya dan Hannah di bawah kerajaan PN mengingatkan tentang zaman gelap golongan media ketika mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada peringkat awal.
Katanya media yang melaporkan terutamanya tempatan seperti The Edge, The Malaysian Insider, Asia Sentinel dan Medium menerima kesan apabila disekat dan diarah tutup.
“Ketika itu kerajaan benar-benar mengawal media tempatan terutama sekali media arus perdana yang mempunyai hubungan rapat dengan pihak berkuasa,” katanya.
Namun katanya rakyat kini semakin bijak menilai dan PN tidak akan mampu menutup taktik mereka untuk kekal berkuasa termasuk membebaskan pemimpinnya yang terlibat kes rasuah.
“Tetapi rakyat bijak. Lambakan laporan secara online telah membuka mata rakyat dengan naratif yang terkawal dan berbayar,” katanya.
0 comments:
Catat Ulasan