KUALA LUMPUR, ― Ahli parlimen Segambut Hannah Yeoh muak dengan
sikap sesetengah pihak yang sering memberi tanggapan negatif terhadap
kerjanya wakil rakyat.
Bekas timbalan menteri
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata, beliau hanya
mahu berkhidmat untuk rakyat, tetapi sering dituduh mengganggu
sensitiviti masyarakat negara ini.
“Tahukah anda betapa penatnya perjalanan saya sebagai
wakil rakyat yang hanya mahu berkhidmat dan membuat yang terbaik untuk
kanak-kanak, wanita, keluarga tetapi selalu difitnah oleh pelbagai
pihak?
“Hanya Tuhan sahaja Yang Maha Mengetahui,” catatnya di Twitter.
Hannah
mengepil laporan berita seorang bekas peguam kanan persekutuan yang
mendakwa dirinya cuba menyentuh bidang kuasa raja-raja berhubung isu
kahwin bawah umur.
Bekas
ketua pegawai eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia
(Iksim) Mahamad Naser Disa dilapor berkata pemimpin DAP itu perlu
“belajar” kata-katanya boleh dianggap “terjahan” kepada kedaulatan
raja-raja.
Hannah dipanggil ke Bukit
Aman Selasa depan bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya di
media sosial yang didakwa berunsur hasutan.
Beliau disiasat mengikut
Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen
233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
About
Editor Akhbar Rakyat
0 comments:
Catat Ulasan