DAP kecam cubaan ejen politik beli wakil rakyat di Sabah


DAP mempertahankan tindakan Pembantu Menteri Negeri Sabah merangkap Adun Kepayan, Jannie Lasimbang yang menolak politik wang dan tawaran jawatan bagi mengkhianati mandat yang telah diberikan oleh rakyat Sabah.

Datuk Seri Shafie Apdal sebelum ini telah memberi amaran yang jentera negara telah dimanipulasikan untuk menakutkan wakil-wakil rakyat dan menggalakkan pengkhianatan di kalangan mereka bagi menjatuhkan kerajaan negeri Sabah sekarang dan mendirikan sebuah kerajaan baharu yang menyokong kerajaan persekutuan.

Shafie juga tegas menentang penubuhan kerajaan pintu belakang Perikatan Nasional (PN) dan sebaliknya menghormati keputusan rakyat 2018 untuk memberi mandat kepada Pakatan Harapan Plus.

Tambahan pula terdapat laporan yang disebarkan tentang cubaan untuk menggunakan politik jijik bagi membeli wakil-wakil rakyat dengan jawatan dan duit.

DAP dengan tegas menentang tawaran sebegini, malah ada yang sanggup menawarkan sejumlah RM32 juta selain jawatan Timbalan Ketua Menteri.

Bagi membuktikan jentera kerajaan tidak digunakan sebagai alat politik, tindakan tegas harus diambil terhadap “saudagar katak” dan ejen politik ini. DAP amat berbangga bila wakil rakyat kami secara terbuka mencela ejen-ejen politik ini dan meminta ejen-ejen ini agar tidak lagi mengganggu mereka lagi kerana pimpinan DAP bukan katak yang boleh diperdagangkan.

DAP menegaskan sekali lagi yang kami memberi sokongan penuh kepada kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

DAP akan memberi dukungan dan bantuan kepakaran undang-undang kepada semua wakil rakyat kami di Sabah yang diganggu dan diugut.

Wakil rakyat kami, Jannie Lasimbang kini diancam dengan tindakan undang-undang kerana mendedahkan apa yang terjadi.

Saya telah meminta peguam-peguam kanan DAP iaitu Timbalan Pengerusi DAP, Gobind Singh Deo dan Pengerusi Biro Guaman DAP, Ram Karpal untuk memberikan bantuan.

Kenyataan Akhbar oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, Kuala Lumpur 24 Julai 2020
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan