DALAM satu forum di Dewan Perniagaan Cina di Petaling Jaya dua tiga tahun lepas, dimana saya sebagai salah seorang ahli panel diajukan pertanyaan oleh seorang peserta berkenaan Hukum Hudud Pas. Penaya itu bertanya sejauh manakah ilitizam Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud.
Penanya itu seperti seorang yang ragu-ragu dengan Hudud. Beliau ajukan
pertanyaan itu bagi kepastian apakah Hudud benar-benar akan
dilaksanakan, sebab ia telah jadi momokan kepada bukan Melayu. Penanya
itu seperti bimbang pembangkang (PH ketika itu Pas masih bersama) akan
ditolak rakyat sekiranya Hudud dilaksanaan.
Saya menjawab dengan memberi pandangan peribadi saya, bahawa Hudud tidak
akan dilaksanakan. "Saudara dan sesiapa yang takut dengan Hudud, jangan
bimbang ia tidak akan dilaksanakan oleh Pas, yakinlah." Saya tidak
mengulas panjang lebar kenapa saya berkata begitu, cuma yakin dengan
segala pemasalahan, seni siasah dan tentangan ia tidak akan jadi
realiti. Bagi saya Hudud adalah modal politik Pas semata-mata.
Pas
tidak ada kekuatan untuk berlawan dengan penentang undang-udang Islam
itu. Hudud hanya dijadikan modal sahaja yang menjelma setiap kali
pilihan raya. Bagi mereka yang sudah arif dengan perangai Pas sebenarnya
tidak pun perlu takut dengan Hudud.
Main-main.
Ternyata sehingga ini Pas nampak main-main sahaja dengan Hudud dan cuba
mencari justifikasi untuk tidak melaksanakannya. Kenapa saya berkata
begitu, perhati dan fahamkan jawaban yang oleh Timbalan Menteri di
Jabatan Perdana Menteri (Agama), Ahmad Marzuk Syaari ketika menjawan
soalan lisan daripada wakil Tanpin, Hasan Baharom di parlimen dua tiga
hari lepas.
Hasan bertanya, apakah kerajaan berhasrat untuk membentang RUU 355 kali kedua dan jika ia macam mana pelaksanaanya. Pertanyaan
Hasan itu tentulah menadangkan Pas kini menjadi sebahagian daripada
kerajaan yang mana tidak melalui kesukaran untuk meneruskan RUU 355 itu.
Apa jawab Marzuk; cadangan ini memerlukan pertimbangan dan penelitian menyeluruh supaya ia selaras dengan perlembagaan negara.
Jawaban itu memang perfect sesuai dengan realitinya dan nampak cerdik. Tetapi dalam masa sama ia nampak sebagai helah untuk tidak melaksanakannya. Jawaban itu seakan Pas membuka pelikatnya di tepi sungai.
Ini kerana masalah (halangan) itu sebelum ini tidak pernah diambil kira oleh pihak Pas semasa wakilnya membentang usul itu di parlimen April 2017. Walaupun, masalah itu sudah ditimbulkan oleh pakar undang-undang agar Pas mengambil kira percanggahan itu, tetapi ia tetap juga dibawa. PH ketika itu berkali-kali meminta Pas berbincang dahulu dengan gabungan itu sebelum ia dibawa ke parlimen.
Tetapi Pas berdegil tidak mempedulikan segala saranan dan nasihat, mereka tetap juga mengemukakan RUU 355 ke parlimen.
Hari ini alasan dan masalah sama dijadikan alasan oleh kerajaan untuk
tidak berhasrat membentang usul itu sekali lagi. Sebab tulah jawaban
Marzuk itu dijadikan batu lastik oleh para netizen untuk melastik dan
mengejek Pas.
Di sinilah maka timbul persoalan apakah Pas serius dengan RUU 355 itu atau main-main dan sekadar menjadi toys,
macam tikus-tikus plastik yang diberikan kepada anak kucing. Kucing
melambung-lambung anak tikus plastik itu tetapi tidak pun boleh dimakan
dan diajak berlawan dengannya. Begitukah?
Dengan melihat sikap Pas itu dan bertolak daripada itu maka tindakan Pas
membawa RUU 355 dalam sesi parlimen lepas hanya sebagai satu ujian dan
perangkap semata-mata yang bermotif politik bukan bertolak daripada
perintah Allah yang digementarkan. Kenapa dikatakan begitu, kerana Pas
seakan mahu memerangkap mana-mana wakil rakyat beragama Islam di pihak
pembangkang dalam PH dengan RUU 355 itu. Atau lebih tersurat lagi
sebagai alasan untuk tidak bersama PH apabila cadangan itu (Hudud)
ditentang oleh DAP.
Pas ada strategi di sebalik pembentangan usul RUU 355 itu untuk
memerangkap pembangkang (PH) dan sesiapa sahaja yang menolaknya. Pas
mahu mengecap sesiapa menolak RUU 355 sebagai menolak Hukum Tuhan yang
dikira berdoa. Itu motifnya.
Sebelum ini Pas bukan main lagi menggerakkan kempen sampai mengadakan
himpunan RUU 355 di Padang Merbuk Kuala Lumpur untuk mempengaruhi rakyat
bersamanya. Lebih teruk lagi disebarkan di tazkirah oleh para ustaz
"Becat" Pas kononnya menolak RUU 355 itu menolak hukum Tuhan, yang
hukumnya berdosa dan jika mati wajar ditanam di Jirat.
Itulah tujuan Pas sebenarnya. Dan kenapa Najib Razak sebagai perdana
menteri ketika itu ikut menyokong adalah menumpang sejemput untuk
melepaskan diri daripada dikatakan menentang Hudud. Umno sebelum ini
dikenal pasti parti yang menentan hukum Hudud. Saya tidak melihat Najib
ikhlas menyokong Hudud.
Bagi Najib dengan berbuat demikian beliau dilihat seorang menerima RUU
355 dan dalam masa sama terlepas dengan dosa dan terselamat ditanam di
Jirat seperti dihukumkan para ustaz "Becat" Pas.
Merujuk kepada jawaban Ahmad Marzuk itu menunjukkan RUU 355 itu sebuah
sandirawa yang dimainkan pada siang hari atau permainan wayang kulit
tidak menggunakan kelir, menyebabkan bentuk, material, huduhnya wajah
Pak Dogol, Wak Yah, Wak Long yang dibuat daripada belulang kering itu
nampak jelas mengerutu. Mungkin bau yang hamis juga tersumbat ke dalam
hidung.
Sebab kalau Pas jujur, ikhlas dan serius, inilah masanya RUU 355 itu
dibentang semula kerana Pas kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Pas tidak perlu lagi takut usul persendirian itu tersekat di meja
speaker. Lagipun speaker baru Azhar Harun dilihat (foto) sudah mencium
tangan Abdul Hadi Awang.
Sekiranya RUU 355 itu diminta untuk dibahas, pastinya dibenarkah.
Mungkin Pas masih ragu-ragu RUU 355 itu akan mendapat sokongan kerana
kedudukan dalam parlimen kini berkedudukan 50 : 50. Ujian ke atas undian
meluluskan pemecatan speaker mungkin dijadikan iktibar kepada Pas.
Uusul pecat speaker dan diganti dengan Azhar itu hanya berkelebihan dua
undi sahaja.
Tidak mengapa Pas boleh melupai atau skip seketika tetapi seharusnya tidak berhenti setakat hari ini dengan memberi jawaban simplistik seperti Marzuk katakan itu. Pas tidak boleh bersadar dan bersanad kepada alasan perlembangaan kerana alasan itu sebelum ini tidak dihiraukan oleh Pas. Apakah sejak jadi kerajaan ini Pas sudah double standart dan menjadi anti tesisnya selama ini?
Pas harus berusaha untuk memastikan RUU 355 itu tetap dibentang dan
diluluskan kerana ia akan menjadi klimek kepada perjuangan Pas. RUU 355
ke arah melaksanakan Hudud adalah puncak perjuangan Pas yang sejak
kesekian lama dicanangkan.
Justeru dalam hal ini Pas kena berusaha ke arah itu. Salah satu cara
ialah memastikan angka dalam parlimen berpihak dan cukup kepadanya.
Untuk tujuan ini salah satu langkah (strategi) ialah Pas perlu
memastikan wakilnya bukan setakat 18 wakil sahaja, tetapi harus
ditambah.
Saya sudah cadangkan dalam catatan sebelum ini, antara cara untuk PAS
memperkasakan diri ia boleh mengajak bekas rakan-rakannya dalam Parti
Amanah Negara (Amanah) seramai 11 orang itu bersama mereka. Kalau Pas
ajak Amanah ia akan mempunyai 29 orang wakil.
Disamping itu Pas perlu berusaha menambah 40 wakil lagi dengan
bertanding di 40 kerusi parlimen pada Piraum ke 15 akan datang. Pas
perlu menggunakan kedudukannya sebagai parti paling berintegriti kini,
parti kedua tertua dan besar, menuntut kepada PN untuk bertanding 1/3
daripada 222 kerusi atau sekurang-kurang, 60 kerusi.
0 comments:
Catat Ulasan