Anwar kemuka senarai ahli Parlimen kepada Agong


PENGERUSI Pakatan Harapan Anwar Ibrahim telah mengemukakan senarai semua ahli Parlimen yang menyokongnya menjadi perdana menteri kepada Agong.

“Saya telah memberikan dokumen yang mengandungi senarai ahli Parlimen yang menyokong saya kepada Agong hari ini.

“Tolong beri Agong waktu untuk bertemu dengan pemimpin parti lain untuk mengesahkan senarai berkenaan,” katanya semasa sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden PKR bertemu Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara selama 30 minit pagi tadi.

Anwar tiba di Istana Negara pada jam 10.25 pagi dan keluar sekitar jam 11 pagi.

themalaysianinsight.com

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan