Segera siasat kehilangan dana RM1 bilion dalam kes LCS


Oleh Liew Chin Tong

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany telah menyatakan harapannya agar pihak kerajaan dapat membuat keputusan terbaik dalam isu kapal tempur pesisir (Littoral Combat Ship, LCS).

September lalu, saya telah menjelaskan tentang keputusan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan hala tuju projek LCS di Dewan Negara, ketika sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Seri Paduka Baging Yang di-Pertuan Agong, dan kemudian ketika sesi penggulungan oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham.

Keputusan yang telah dicapai oleh mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir dan mantan menteri pertahanan Mohamad Sabu pada 11 Februari 2020 menggariskan keperluan untuk menyiasat dakwaan kehilangan dana melalui audit forensik, mengembalikan dana tersebut, dan seterusnya mempertimbangkan suntikan dana untuk menyelamatkan projek terbabit.

Timbalan Menteri Pertahanan sendiri turut bersetuju dengan cadangan tersebut dan menyatakan bahawa pihak kerajaan akan mempertimbangkannya.

Soal keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia terhadap kapal LCS langsung tidak timbul. Namun apa yang menjadi persoalan ialah cadangan ‘realistik’ kerajaan Perikatan Nasional untuk menyasarkan hanya dua buah kapal disiapkan sedangkan sejumlah RM6 bilion telah dibayar. Jumlah ini adalah dua pertiga daripada nilai siling RM9 bilion. Dengan jumlah ini, sepatutnya empat buah kapal sudah siap.

Setakat hari ini, selain pengiktirafan oleh Timbalan Menteri Pertahanan berkenaan cadangan saya, kerajaan masih belum lagi mengumumkan keputusan yang jelas bagi menentukan hala tuju projek ini. Saya ingin menyarankan sekali lagi kepada pihak kerajaan supaya tidak lagi berlengah dan membuat keputusan dengan cepat dan tepat.

Dakwaan kehilangan dana berjumlah RM1 bilion daripada projek tersebut adalah amat serius dan perlu disiasat seperti dikembalikan supaya projek tersebut segera selesai. Setelah pihak-pihak terlibat dibawa ke muka pengadilan, kerajaan juga wajar mempertimbangkan suntikan dana demi memastikan projek ini boleh disiapkan bagi kegunaan TLDM untuk terus memelihara kedaulatan perairan negara.

Selagi mana tiada keputusan jelas dapat dicapai, selagi itulah kapal-kapal ini akan mengalami kelewatan
Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan