Ingkar SOP PKP, polis akan panggil Annuar

 


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Polis akan mengambil keterangan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berhubung dakwaan beliau melanggar prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata pihaknya akan meminta Annuar hadir untuk memberi keterangan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pihaknya juga membuka kertas siasatan berhubung perkara itu.

“Keterangan beliau (Annuar Musa) akan diambil susulan satu laporan polis yang dibuat di Cheras,” katanya kepada Bernama semalam. — Bernama

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan