PH Kelantan belum namakan siapa calon MB


Pakatan Harapan Negeri Kelantan hari ini menafikan bahawa mereka telah menamakan seorang calon Menteri Besar Kelantan pada ketika ini.

Mengulas mengenai sebuah poster yang tular sejak awal Ramadhan baru-baru ini berkenaan bayangan mengenai calon MB Kelantan, Setiausaha PH Kelantan Haji Rushdan Mustafa menolak dakwaan tersebut.

“Bagaimana kita sudah boleh mencalonkan orang itu orang ini sebagai MB Kelantan, sedangkan proses perundingan kerusi di antara parti dalam PH negeri ini masih belum muktamad,” kata beliau yang juga Naib Pengerusi AMANAH Kelantan.

  Baru-baru ini sebuah poster bertajuk “Kali ni ambo tak caro, ambo nok tukar”   yang memaparkan imej Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM Malaysia dan Ustaz Nik Omar sebagai calon MB Kelantan, dikesan telah tular di laman sosial.

Mengulas lanjut mengenai hal ini, Hj Rushdan yang juga Ketua AMANAH Kawasan Pasir Mas itu menjelaskan, memang ketetapan PH untuk menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon PM itu diterima baik.

Walau bagaimanapun, setakat ini PH Kelantan belum memutuskan untuk menamakan mana-mana pihak sebagai calon MB Kelantan.

Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuat poster itu hanyalah sebagai sebuah usaha untuk mensabotaj hubungan di antara parti dalam PH Kelantan.

Sejak kebelakangan ini wujud tindakan sesetengah pihak yang bukan dari PH Kelantan cuba menangguk di air keruh dengan mencetuskan provokasi murahan melalui penyebaran poster-poster sedemikian.

Oleh itu PH Kelantan menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses rundingan kerusi yang sedang berjalan dan tidak bertindak melakukan sesuatu yang membelakangi para pimpinan parti dalam PH.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan