Wajah - Wajah Baru Pimpinan PH Untuk Menghadapi PRU 15


Oleh HAYAR HASSAN.

Setelah sekian lama penyokong-penyokong PH diselubungi perasaan kecewa dan mual memikirkan detik-detik peristiwa kejatuhan Kerajaan PH seusai peristiwa LANGKAH SHERATON , kini mereka boleh menarik nafas lega kerana PH kelihatan nya sudah amat bersedia untuk menghadapi PRU 15. Perubahan pimpinan yang diwujudkan ,mutakhir ini dalam PKR dan DAP, diharapkan dapat menghasilkan suatu gerak kerja serta jentera pilihanraya yang lebih mantap dan lebih meyakinkan. Apa tidak nya, sebelum ini PKR dilihat agak berserabut. Ada pimpinan DAP pula dilihat terlalu memperjuangkan kehendak suatu kelompak sahaja, tidak berjiwa Malaysia.

Langkah berani serta drastik yang diambil oleh DSAI melantik pimpinan kanan PKR menerajui PKR negeri-negeri Semenanjung Malaysia adalah suatu yang di luar dugaan. Timbalan Presiden PKR, Saudara Rafizi Ramli diamanahkan untuk memimpin PKR Johor dan Wilayah Persekutuan. YB Nurul Izah Anwar pula diberikan kepercayaan memimpin PKR negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis, suatu tugas agak terlalu berat.

YAB Datuk Seri Aminudin Haron, Menteri Besar Negeri Sembilan akan memimpin PKR Negeri Sembilan dan Melaka. YAB Datuk Seri Aminudin Shari ,Menteri Besar Selangor dilantik untuk mengetuai PKR Selangor dan Pahang. YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa pula diberikan tugas yang cukup berat untuk mengetuai PKR Kelantan dan Terengganu. YB Chang Lah Kang, Ahli Parlimen Tanjong Malim pula akan mengetuai PKR Perak.

Untuk DAP pula, perlantikan YB Saudara Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban sebagai Setiausaha Agung DAP adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan.

Mereka-mereka diatas dilihat sebagai pimpinan-pimpinan baru PKR dan DAP yang tidak punya banyak kontroversi dan punya reputasi yang baik dan menyenangkan. Sebelum ini ada pimpinan yang agak “arrogant”@ gedebe, kata orang Kelantan.

Ahli-ahli politik gedebe ini memang banyak. Dalam Parlimen sekarang ini pun ada. Mereka sering menggangu perbahasan Ahli Parlimen lain tanpa memberikan cadangan yang bernas. Tugas nya sekadar menggangu orang lain berucap, supaya mesej,cadangan yang bernas tidak dapat disampaikan dengan berkesan. Umum berpendapat, hak untuk mendapatkan laluan mencelah perlu disekat, kerana ianya boleh dianggap tidak sopan dan tidak beradap. Islam sendiri tidak mengajar kita mencelah percakapan orang. Apabila sesaorang itu bercakap, kita diajarkan untuk menjadi pendengar yang baik. Parlimen bukan nya sirkus. Ianya adalah tempat perbahasan untuk menampilkan idea serta cadangan-cadangan yang bernas untuk kemajuan negara !

Banyak orang bosan untuk menonton perbahasan di Parlimen adalah disebabkan oleh buruk nya tingkah laku beberapa kerat Ahli-Ahli Parlimen yang tidak beretika ini. Apabila tiba giliran mereka untuk berbahas, tidak ada pun idea dan cadangan yang bernas.

Adalah diharapkan selepas PRU 15 nanti, kita boleh menghasilkan Ahli-Ahli Parlimen yang berkualiti, beretika, berhujah berdasarkan fakta dan kajian, bukan nya merapu tanpa haluan.

Seperkara lagi yang amat melegakan semua pihak adalah lulus nya RUU Anti Lompat Parti di Dewan Parlimen dan Dewan Negara. Walau pun ianya masih ada kekurangan, namun ia nya dapat menghalang Ahli-Ahli Parlimen yang telah dipilih oleh pengundi-pengundi berbuat sesuka hati mereka untuk mendapatkan habuan jawatan dan kewangan yang lumayan. Kita dapat melihat bahawa episode Langkah Sheraton adalah suatu penipuan kepada pengundi-pengundi yang telah bersusah payah untuk turun mengundi pada PRU 14 lalu. Hak rakyat itu sebenar nya telah diremehkan dengan begitu mudah sekali. Semoga selepas PRU 15 nanti, tidak ada lagi istilah yang memualkan ini, iatu “Katak-Katak Lompat “.

Kemunculan watak-watak baru yang tidak kontroversi, berhemah dan menghormati pihak lain sebagai calon-calon dalam PRU 15 nanti memang amat diharapkan oleh kebanyakan pengundi-pengundi muda.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan