Kononnya Malaysia Bakal mempunyai Peguam Negara Baru ,Jika Bn Menang Pru15


 Oleh Hayar Hassan

Akhir-akhir ini sosok yang menjawat jawatan Peguam Negara Malaysia sering kali menjadi fokus masyarakat. Ia nya kelihatan begitu sensitif kepada sekelompok anggota masyarakat apabila ada segelintir daripada kalangan mereka didakwa di mahkamah atas alasan rasuah, pengubahan wang haram (money laundering)  serta salah guna kuasa. Mereka mendakwa kononnya ada pendakwaan terpilih dan sebagainya. Benarkah dakwaan-dakwaan itu ?. Tentulah seorang Peguam Negara cukup berhati-hati dan bertanggungjawap dalam setiap keputusannya dalam memulakan setiap pendakwaan kes jenayah di mahkamah.

 Menurut laman resmi Wikipedia, Peguam Negara (AG) Malaysia adalah merupakan seorang penasihat undang-undang utama Kerajaan Malaysia. Peguam Negara juga merupakan Peguam dan Pendakwa Raya bagi Kerajaan. Perlantikan seorang Peguam Negara adalah  dicadangkan oleh Perdana Menteri dan telah diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong (YDA).

Senarai Peguam Negara sebelum merdeka dan sehingga sekarang  adalah seperti berikut:-

 Bil.                                                Nama                                         Tempoh Perkhidmatan

1.      Thomas Vernor Alexander Brodie                                        1955  -  1959.

2.      Cecil M. Sheridan                                                                     1959  -  1963.

3.      Abdul Kadir Yusof                                                                     1963  -  1977.

4.     Hamzah Abu Samah                                                                  1977 -   1980.

5.     Abu Talib Osman                                                                       1980 -   1993.

6.     Mohtar bin Abdullah                                                                1994 -   2000.

7.     Ainum binti Mohd Said                                                             2001 -  2001.

8.     Abdul Gani Patail                                                                        2001 -  2015.

9.     Mohamed Apandi Ali                                                                 2015 -  2018.

10.Tommy Thomas                                                                          2018 -   2020.

11.Idrus Harun                                                                                  2020 -  kini.

 Kalau kita meneliti senarai nama-nama Peguam Negara di atas, tahulah kita bahawa terdapat 3 orang Peguam Negara yang bukan Islam dan bukan Melayu dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan Kerajaan Malaysia. Kesimpulan nya bukanlah suatu yang pelik, sensitif dan taboo bagi rakyat Malaysia untuk mempunyai seorang Peguam Negara bukan Melayu dan bukan Islam. Hatta YDA dan Majlis Raja-Raja Melayu pun telah memperkenankan perlantikan jawatan yang dianggap terlalu sensitif dan taboo itu.

 Perlantikannya tentulah berdasarkan kepada merit, integriti, ilmu perundangan, pengalaman dan kelayakan ekademiknya , bukannya berdasarkan kepada sentimen perkauman sempit.

 Kalau ada pemimpin politik yang terlalu kuat berfahaman Melayu Islam, menyatakan bahawa jawatan itu tidak boleh disandang oleh orang bukan Islam, itu adalah hanya suatu hujah yang dangkal, penuh dengan sentimen perkauman dan fahaman agama yang sempit.

  Kalau ada yang berkata orang Islam dan orang Melayu akan tertindas seandainya kita mempunyai seorang peguam negara bukan Islam, ini juga sukar untuk diterima kerana kenyataan ini terlalu tebal dengan sifat perkauman. Semestinya dalam melaksanakan tanggung jawab dan tugasnya, seorang peguam negara pasti lah tertakluk kepada suatu peraturan (SOP) yang ketat, bukan hanya sekadar  budibicara  semata-mata.

 Cuma secara kebetulan, seorang mantan Perdana Menteri, seorang Timbalan Perdana Menteri dan beberapa menteri yang lain yang telah didakwa di mahkamah Malaysia atas jenayah-jenayah yang telah mereka lakukan. Itulah kontroversi yang diheboh-hebohkan dalam tiga tahun kebelakangan ini .

 Kebetulan pula Peguam Negara yang telah dilantik oleh Kerajaan PH itu bukan seorang Melayu dan Islam. Ini yang cuba diheboh-hebohkan dan disensasikan demi meraih undi dalam PRU 15 nanti!

  Tentulah pejabat Peguam Negara hanya bersetuju untuk meneruskan suatu pendakwaan setelah mempunyai bukti-bukti yang kukuh. Cumanya kes-kes mereka dibawa ke mahkamah semasa pemerintahan PH .

 Adalah tidak lojik dan tidak rasional Peguam Negara tidak boleh mendakwa seorang perdana menteri atau timbalan perdana menteri kerana semata-mata mereka berbangsa Melayu dan beragama Islam. Di manakah wujud nya Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang yang merupakan 2 prinsip Rukun Negara Malaysia kalau ada hujah seperti di atas ?

  Dalam Islam sendiri, asas utama perlantikan jawatan-jawatan penting adalah berdasarkan kepada merit, integriti, kelayakan, kemahiran, pengalaman dan amanah dengan jawatan dan tanggungjawabnya.

 Pernah dikisahkan  bahawa Nabi Muhamad SAW telah didatangi oleh sahabat Baginda SAW , Abu Hurairah RA, memohon untuk diberikan jawatan penting setelah Kerajaan Islam Madinah didirikan. Tentulah sahabat-sahabat Rasulullah SAW mempunyai sifat-sifat terpuji, berintegriti, amanah, soleh serta tawaduk. Menurut akal kita,  tentulah Rasulullah SAW akan memenuhi permintaan sahabat nya itu.

 Namun demikian, Rasulullah SAW tidak memenuhi permintaan sahabat nya yang mulia itu. Malah Rasulullah SAW menasihatinya untuk tidak memegang jawatan penting kerana dia kurang berkelayakan dan dibimbangi dia tidak akan dapat  menunaikan tanggungjawabnya dengan baik dan sempurna. Tidak dapat menunaikan suatu tanggungjawab dengan baik adalah suatu dosa. Itulah yang diajarkan oleh Islam !

 Akhir-akhir ini, menjelang PRU 15, ramai orang-orang politik  bercakap, konon seandainya BN memenangi PRU 15 nanti, akan dilantik seorang peguam negara baru kerana tempoh perkhidmatan Peguam Negara sedia ada akan tamat tempohnya menjelang akhir tahun 2022.

 Kita tunggu sajalah sama ada ramalan tersebut benar-benar akan terjadi. Perdana Menteri ke 10 nanti tentulah telah mempunyai calonnya untuk dipersembahkan kepada YDA untuk diperkenankan. Semoga perlantikannya nanti akan mendatangkan kebaikan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan