Penyatuan Ummah hanya agenda palsu Pas yang kemaruk kuasa

 


Penyatuan ummah atau Muafakat Nasional merupakan agenda yang pernah digunakan untuk bersatu dengan Umno bagi menjatuhkan Pakatan Harapan (HARAPAN) sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang bakal diadakan pada bila-bila masa, Pas terutamanya semakin bergelut untuk memastikan kedudukannya dalam kerajaan tidak terlepas.

 Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub menyifatkan Pas akan sanggup mendekati sesiapa sahaja termasuklah golongan dan pemimpin parti yang sedang dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan rasuah, demi kemaruk kuasa dan jawatan

“Tentulah ini bercanggah dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menolak golongan perasuah.

“Tetapi demi kuasa, Pas tidak peduli semua itu walaupun tindakan ini menjatuhkan maruah sendiri.

“Demi kuasa juga, Pas sanggup mencuci segala kekotoran yang pernah dilempar sendiri oleh Pas sebelum ini terhadap MCA dan Gerakan yang menolak hudud,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, awalnya agenda penyatuan ummah itu berhasil melalui pengkhianatan Langkah Sheraton, malangnya penyatuan ummah sudah tidak kedengaran lagi kerana masing-masing bernafsu dengan pangkat dan jawatan.

Bagi Salahuddin sepanjang Pas berada dalam kerajaan, tiada pencapaian yang membanggakan berjaya diraih untuk meninggikan kedudukan dan martabat orang Melayu dan Islam dalam negara ini.

“Malah RUU355 yang pernah dijadikan alat untuk PAS melabelkan pihak lain sebagai musuh Islam juga tidak diperjuangkan.

“Rata-rata nasib orang Melayu dan Islam di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang ditadbir Pas juga tidak terbela. Lihatlah apa yang dilakukan oleh Menteri Air dari PAS terhadap masalah bekalan air bersih di Kelantan.

“Sebaliknya, lebih banyak kemungkaran dan maksiat yang masih berlaku termasuklah di negeri yang ditadbir oleh Pas.

“Pas tidak mungkin mampu untuk menjawab dakwaan ini,” ujar beliau.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan