Kononnya Pro 15 Waktu Banjir Bawa Kemenangan Umno - Bn ?


Oleh HAYAR HASSAN

Pada tanggal 30 September 2022 MT UMNO telah mengadakan mesyuarat. Khabarnya mesyuarat itu telah bersetuju bahawa YAB Perdana Menteri Malaysia , Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempersembahkan kepada YDP Agong untuk memperkenankan pembubaran Parlimen dalam waktu yang terdekat. PRU 15 bakal diadakan dalam bulan November atau Disember 2022 juga.

Lazimnya, bulan November dan Disember, Malaysia akan menghadapi musim tengkujuh dan banjir besar. Negeri-negeri Kelantan, Trengganu, Johor, Pahang akan menghadapi banjir untuk tempoh satu hingga dua minggu.

Persoalannya mengapakah UMNO-BN kelihatannya begitu terdesak untuk mengadakan PRU 15 dalam waktu yang diramalkan akan berlaku banjir?

Tidak boleh kah ditunggu hingga awal tahun 2023 ? Beza cuma 3 atau 4 bulan sahaja. Cuaca diramalkan akan cerah semula pada akhir Januari 2023. Itu ramalan Jabatan Meteoroloji Malaysia(MET), bukan nya Raja Bomoh Malaysia. Ramalan MET adalah berdasarkan kajian rapi serta gambar-gambar satelit yang digunapakai oleh seluruh dunia sekarang ini, bukannya khayalan serta ilusi tok bomoh.

Kalau kita bercakap tentang bencana alam, sekarang ini, negeri-negeri Florida dan South Carolina di Amerika Syarikat sedang mengalami rebut taufan hurricane Ian yang cukup dahsyat. Kemusnahan yang ditinggalkan adalah cukup besar, kerugian dinilaikan ratusan billion Dolar Amerika. Walau pun Amerika Syarikat tidak diserang musuh luar, sebahagian daripada wilayah nya hancur luluh seperti padang jarak padang tekukur, musnah. Berdasarkan kepada gambar-gambar setelit, taufan hurricane Ian itu memang betul-betul berlaku. Ianya berdasarkan kepada kajian dan fakta-fakta sains, bukan nya ramalan bomoh.

Rasanya sudah tidak ada lagi pemimpin-pemimpin politik waktu ini yang masih percaya kepada bomoh-bomoh. Peristiwa Mona Fendy telah banyak mengajar masyarakat kita supaya tidak lagi mengambil khidmat bomoh dan pawang dalam melaksanakan kerja-kerja besar seperti PRU 15 ini ! Hatta dalam filem epik Mat Kilau - Suatu Kebangkitan pun tidak ada episod adegan perbomohan dan pepawangan. Semua nya adalah syirik serta berlawanan dengan syariat Islam.

Masakan pemimpin UMNO mahu dituduh masih mempercayai bomoh ? Tidak mungkin bomoh telah meramalkan bahawa UMNO-BN hanya akan menang PRU 15 seandainya ianya diadakan dalam tahun 2022 ini juga !

Banyak andaian serta alasan yang boleh dipercayai bahawa ada beberapa sebab utama yang menyebabkan pimpinan UMNO mahu PRU 15 diadakan pada tahun ini juga.

Pimpinan UMNO-BN percaya bahawa kemenangan mereka dalam PRN Melaka dan Johor itu akan boleh diteruskan lagi dalam PRU 15. Mereka berpendapat pengundi-pengundi khususnya orang-orang Melayu akan kembali semula mengundi BN. Adakah benar hujah ini ?

Analisa keputusan daripada kedua-dua PRN itu menunjukkan bahawa kemenangan UMNO-BN adalah disebabkan peratus pengundi yang keluar mengundi adalah hanya sekitar 50% sahaja.

Ramai daripada penyokong-penyokong PH tidak keluar mengundi kerana kecewa atas runtuh nya Kerajaan PH yang disebabkan oleh pengkhianatan Ahli-Ahli Parlimen PH sendiri yang telah meninggalkan PH. Lagi pun Kerajaan-Kerajaan Negeri tidak lah sepenting jika dibandingkan dengan Kerajaan Pusat.

Reformasi lebih mudah dilaksanakan dengan memegang tampok pemerintahan pusat. Sentimen sebegini terpakai kepada banyak pengundi-pengundi bukan Melayu.

Orang Cina khusus nya akan memberikan undi mereka kepada pembangkang untuk kerusi Parlimen dan memberikan undi mereka kepada BN untuk kerusi DUN, seandai nya pembangkang tiada peluang untuk membentuk Kerajaan-Kerajaan Negeri. Begitu lah yang telah terjadi dalam PRU 14. PH juga menang untuk DUN-DUN negeri-negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah disamping memenangi Parlimen Malaysia untuk kali pertama nya ! Dalam PRU 14, purata % keluar mengundi adalah cukup tinggi sekitar lebih 80 %.

Dipercayai konon nya apabila PRU 15 itu nanti benar-benar terjadi dalam waktu banjir, gerak kerja pembangkang pasti nya akan lumpuh kerana ketiadaan pengangkutan serta lojistik. Aset-aset Kerajaan Pusat terutama nya bot-bot, helikopter dan lori-lori besar konon nya akan dimonopoli oleh BN untuk mengangkut pengundi-pengundi mereka sahaja.

Penyokong dan pengundi PH hanya ternganga melopong mulut sahaja, sekadar menjadi penonton sahaja. Boleh lah buat bising, menjerit sana, menjerit sini dan buat persidangan akhbar. Tapi semua nya sudah terlambat. UMNO-BN akan menang mudah dalam PRU 15 nanti !

Kelebihan menguasai lojistik dan kemudahan pengangkutan ini lah yang menyebabkan sukar nya parti-parti pembangkang memenangi kerusi-kerusi luar bandar di Sarawak dan Sabah. Konon nya semasa PRU atau PRN Sabah dan Sarawak, semua perkhidmatan udara dan sungai disana sudah disewa oleh pihak parti-parti Kerajaan Negeri kerana mereka mempunyai dana yang lebih.

Seperkara lagi yang sering kali dibualkan oleh pengamat-pengamat politik adalah kuasa istimewa yang ada pada Presiden UMNO dan Pengerusi BN menjelang PRU.

Konon nya surat-surat watikah calon-calon yang akan bertanding atas tiket BN nanti hanya akan terpakai apabila ia nya diperakukan dan ditandatangani oleh Presiden UMNO dan Presiden BN sahaja. Konon nya hanya orang-orang Presiden sahaja yang berpeluang menjadi calon-calon BN. Orang-orang lain hanya akan menggigit jari sahaja.

Bersama-sama lah kita lihat nanti bagaimana kah pengakhiran permainan penentuan tarikh PRU 15 ini akan dimuktamadkan. Sekarang ini tarikh untuk YAB Perdana Menteri mengadap dan memohon pekenan daripada YDP Agong belum diumumkan lagi.

Share on Google Plus

About Editor Akhbar Rakyat

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Catat Ulasan