Oleh HAYAR HASSAN.
Sekarang ini kebanyakan rakyat Malaysia menunggu-nunggu 5 Nobember 2022 , hari Penamaan Calon PRU 15. Parti-parti politik telah sibuk mengadakan mesyuarat, ceramah dan konvensyen sama ada untuk memperkenalkan calon- calon atau pun memperkenalkan logo-logo gabungan masing-masing.
Realitinya, untuk PRU 15 ini terdapat 4 buah gabungan utama parti-parti yang akan menyertai PRU 15. Gabungan-gabungan tersebut adalah Pakatan Harapan(PH), Barisan Nasional(BN), Perikatan Nasional(PN) dan Gerakan Tanah Air(GTA). Gabungan PN dan GTA adalah dilihat berusaha untuk meraih undi-undi orang Melayu dan beragama Islam. Hanya PH dan BN sahaja yang menumpukan usaha untuk mendapatkan undi-undi dari pelbagai kaum dan agama. Di Sarawak pula ada Gabungan Rakyat Sarawak(GRS). Di Sabah Pula wujud Gabungan Parti Sabah(GPS) dan Warisan.
Seperti yang dimaklumi, persaingan dalam PRU 15 ini adalah melibatkan angka atau bilangan kerusi Dewan Rakyat yang bakal dimenangi oleh gabungan parti- parti. Semua bersetuju bahawa pada masa ini tiada satu parti politik pun yang boleh menubuhkan Kerajaan Pusat di Putrajaya tanpa gabungan atau kerjasama dengan parti-parti lain. Itu suatu yang mustahil berlaku. Hatta PAS yang mempunyai dasar yang terlalu ideal serta rigid itu pun terpaksa bergabung dalam PN. Realitinya penduduk Malaysia adalah berbilang agama dan bangsa. Kita sebuah negara masyarakat majmuk.
Sekarang ini, Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi. Semenanjung Tanah Melayu(Malaysia Barat) mempunyai 144 kerusi , Sarawak mempunyai 31 kerusi dan Sabah 27 kerusi.
Untuk mendapat majoriti mudah, kerusi yang perlu dimenangi adalah 112. Bilangan kerusi yang selesa serta kuat adalah sekitar 148, yakni memiliki majoriti 2/3. Namun demikian, untuk menubuhkan sebuah Kerajaan yang berkesan, kerusi parlimen 130 sudah memadai.
Dengan berkuatkuasanya Akta Perlembagaan (Pindaan)(No.3) 2022[Akta A 1663], larangan Ahli Parlimen bertukar parti, ianya akan menyukarkan ahli-ahli Parlimen lompat ke parti lain secara individu. Kesemua ahli-ahli Parlimen dari sebuah parti atau gabungannya yang telah menang dalam PRU 15 nanti wajib berada dalam gabungannya. Kalau mereka hendak keluar gabungan asal, mereka perlu keluar secara bersama(embloc), tidak terkecuali 1 kerusi pun. Kalau peraturan ini gagal dipatuhi, kerusinya otomatik kosong. Itulah rasanya tafsiran akta baru itu.
Untuk menubuhkan Kerajaan di Putrajaya, ternyata usaha utamanya hendaklah digerakkan oleh 4 gabungan utama yang berpusat di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu sama ada PH, atau BN, atau PN. GTA rasanya tiada kekuatan untuk memenangi banyak kerusi Parlimen, walaupun tokoh utama nya adalah Tun Dr Mahathir Mohamad. Lazimnya GRS dan GPS akan memilih untuk berkerjasama dengan gabungan parti-parti Semenanjung Tanah Melayu yang banyak memenangi kerusi Parlimen dengan beberapa syarat yang menguntungkan rakyat Sarawak dan Sabah. Oleh yang demikian tumpuan utama pada PRU 15 ini adalah calon-calon yang bakal ditampilkan oleh PH, BN dan PN.
Oleh yang demikian, untuk calon Perdana Menteri Malaysia ke 10, sosok tersebut adalah datangnya dari PH, atau BN, atau PN. Dalam hal ini, PH telah mengistiharkan DSAI sebagai calon PM ke 10. BN pula telah menamakan DS Ismail Sabri Yaakob. Terakhir TS Mahyuddin Yasin dari PN ikut serta juga.
Malangnya TS Mahyuddin Yassin telah pernah menjadi PM ke 8 dan Kerajaan nya telah dilabelkan sebagai gagal. TS Mahyuddin Yassin cuma sempat menjadi PM untuk 17 bulan sahaja. DS Ismail Sabri Yaakob cuma telah menjadi PM ke 9 untuk tempoh masa 13 bulan sahaja, satu tempoh yang paling singkat dalam sejarah Malaysia.
Oleh yang demikian, dalam PRU 15 ini DSAI adalah sosok yang paling sesuai dan mantap untuk diberikan peluang menjawat jawatan penting ini demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Malaysia untuk hari-hari yang mendatang !
Berikut adalah beberapa faktor utama yang membuatkan DSAI adalah calon terbaik untuk jawatan PM 10 :-
1. DSAI adalah tokoh yang paling banyak pengalaman dalam pentadbiran negara. Beliau telah pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pendidikan serta Menteri Belia Dan Sukan.
2. DSAI sudah dikenali di saentaro dunia semenjak muda lagi. Semasa beliau menjadi Presiden ABIM, beliau telah menjalin hubungan rapat dengan ramai tokoh-tokoh dunia Islam seperti Presiden Turkiye, Rasif Taib Erdogan, Yusuf Kalla, mantan Wakil Presiden Republik Indonesia dan ramai lagi. DSAI juga pernah menjadi Presiden WAMY(World Assembly of Muslim Youth).
3. Imej serta karisma DSAI sememangnya disenangi oleh pelabur-pelabur luar dan beliau selama ini tidak mempunyai sebarang masalah dengan golongan peniaga. DSAI dilihat sentiasa bersedia untuk membuat engagement dengan semua pihak, terbuka dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan.
4. DSAI telah melalui zaman-zaman susah dalam karier politiknya, pernah terpenjara dan seringkali dikhianati. Liku-liku hidup dan pengalaman politiknya terlalu berwarna-warni. Ini adalah asetnya yang penting dalam membuat sebarang keputusan besar.
Kesimpulannya, calon terbaik untuk Jawatan Perdana Menteri ke 10 Malaysia adalah DSAI dari gabungan Pakatan Harapan(PH).
0 comments:
Catat Ulasan