Oleh Mohd Sayuti Omar
Selama lebih sebulan parti agama (Pas) mengreklamasikan H355 --
Himpunan menyokong pindaan Akta 355 untuk memartabatkan mahkamah
Syariah. Persiapan agak rapi dilaksanakan bagi menjayakan himpunan
berkenaan. Pas berangan-angan untuk jadikan himpunan itu satu sejarah,
himpunan kuimpulan agama (KUMAGA) terbesar selepas perjumpaan para ulama
di kelab Sultan Sulaiman kira-kira 60 tahun lampau.
Maka hebahan meluas dalam media sosial oleh ahli dan penyokong parti berkenaan dilakukan dengan rajin dan bersungguh sekali.
Kemuncak kepada kempen adalah gertakan agar orang
ramai hadir ke H355 ialah, sesiapa yang tidak hadir akan dianggap
sebagai "Ahok". Ahok ialah Gebenur Jakarta yang berketurunan Cina dan
beragama Kristian. Watak yang dicuaki waktu ini di Indonesia. Ada
elemen rasis dan agamisme dilakukan dalam mengharap orang ramai hadir
himpunan di Padang Merbok semalam.
Kempen itu juga mendapat kerjasama baik dengan parti pemerintah, Umno. Pelancaran T Shirt
rasmi berwarna ungu tertulis H355 dibuat bersama Ketua Penerangan Pas
Nasaruddin Hassan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Jamil Khir.
Melihat gambar Tuan Ibrahim dan Jamil mengangkat T shirt H355 itu
menyenangkan saya. Saya mengira himpunan anjuran Pas dalam usaha
meletakkan kekuatannya selepas parti itu berpecah dengan tertubuhnya
AMANAH akan berjaya dan memberi keyakinan baharu untuk orang ramai
menyokong parti agama itu.
Setidak-tidaknya H355 akan menjadi pemangking kepada kepaduan Pas
sebagai sebuah parti yang dimalui, dihormati dan didambakan rakyat kalau
pun natijah kepada himpunan itu meleset. Jumlah kehadiran sangat
penting.
Saya juga mengira himpunan semalam lebih gah dan bermakna lagi. Ia akan
menjadi acara besar yang akan disiarkan secara langsung dalam semua
rangkaian televisyen di Malaysia. Maklumlah program untuk memartabatkan
agama Islam tentu akan disokong. Apa lagi Umno yang menjadi tulang
belakang BN, akhir-akhir ini menunjukkan belang pedulikan agama dan
mereka juga menjalini hubungan ta'awun dengan Pas atas maslahat agama dan bangsa.
Jadi program itu akan diberikan ruang awam yang luas dan umat Melayu diharap memberi perhatian baik.
Bila diadakan siaran langsung segenap pelusuk, rakyat akan dapat
menyaksikan program berkenaan dan mereka akan terpanggil untuk
mendokongnya. Itu yang saya harap-harap dan nanti-nantikan. Natijah dari
itu nanti seluruh rakyat akan bangkit memperjuangkan RUU 355, ke arah
pelaksanaan Hudud, tanpa menanti seruan agar umat Islam mengetuk pintu
ke pintu untuk membela Islam yang akhirnya akan mencapai hajat untuk
melaksanakan Hudud. Keluasan liputan itu menjelaskan kesungguhan pihak
kerajaan dan Umno.
Bagaimana pun harapan itu semua "terbangkai". Salah sangka pada jangka.
Program itu hanya dibuat lintas langsung sahaja oleh beberapa stesen
televisyen. Liputan secara live lebih kurang sahaja himpunan Bersih 5. Ia dibuat menerusi kemudahan media sosial, menerusi live Facebook sahaja. Tiada live dalam tv kecuali lintas langsung. Ertinya event
semalam bagi media massa bukan penting jauh sekali sebagai satu
tawarikh besar ummah Islam. Kalau penting ia akan diberikan sorotan
utama. Betul tak?
TV3 yang akhir-akhir ini mesra parti agama juga meletakkan berita himpunan itu diurutan yang "terkusuk" (kebelakang)?
Malahan jika dibandingkan gimik (provokasi), himpunan Bersih 5
lebih besar dan meluas lagi apabila TV3 malam siang cuba menimbulkan
dakyah agar tidak menghadiri himpunan itu. Ia digambarkan sebagai haram
walaupun sudah ada kes yang dirujuk ke mahkamah, mahkamah memutuskan
himpunan Bersih adalah halal.Walhasil hasil dari kerja tidak bermoral
media eletronik itu menjadikan himpunan Bersih lebih besar dan meriah
daripada himpunan semalam. Bersih 5 mendapat publisiti percuma.
Kenapa tv dikuasai UBN tidak memberi liputan langsung kepada majlis
semalam? Saya ada dua argumen (hujah) dalam hal ini. Pertama BN tidak
mahu ianya diperbesar-besarkan kerana bimbang berlaku salah tanggap
dalam BN yang memberi risiko kepada BN.
Komponen BN akan bergaduh semasa sendiri dan akan hilang kepercayaan
kepada Umno. Liputan meluas media eletronik itu akan menunjukkan restu
dari Umno. Sedang hakikatnya bukan begitu. Umno hanya mahu jadikan
program itu untuk memecah belahkan Pas dan pembangkang sahaja.
Kerana itu awal-awal lagi Umno menyatakan pindaan akta itu tidak
menyentuh hak dan kepentingan agama lain. Bagaimana pun penjelasan Umno
itu mudah ditangkap oleh rakannya yang lain, yang bukan Islam. Rakan
bukan Islam dalam komponen BN tetap mencuriagai dan meragui Umno
sehinggakan ada yang secara vokal memberi kata dua kepada Umno.
Misalnya komponen di Sarawak dengan berani mengatakan mereka menolak RUU
355 dan ada kalangan pemimpin Gerakan mengatakan mereka akan meletak
jawatan kalau RUU 355 dibentangkan di parlimen. Ancaman itu jugalah
memungkinkan dua kali rang undang-undang itu ditangguhkan. Bagaimana pun
penangguhan bertektikal itu dijadikan Pas sebagai modal politik yang
ampuh di kalangan pengikutnya yang kurang berpengetahuan.
Di sampingan sekatan atau halangan meluaskan sebenaran program itu juga
untuk menghalang Pas diberi perhatian oleh rakyat tentang kepedulian
mereka kepada agama.
Kedua, mungkin Umno hanya mahu peralatkan Pas sahaja dengan isu itu.
Umno sudah membaca Pas berpecah kerana isu berkenaan, dan itulah yang
diharapkan. Umno tidak mahu orang ramai hadir meramaikan himpunan
semalam kecuali orang Pas untuk membolehkan parti itu melihat dan
menilai kekuatan sebenar Pas.
Umno sedia memberi segala macam kemudahan untuk himpunan itu. Tiada
sekatan jalan raya, tiada provokasi dan macam-macam seperti dilakukan
pada himpunan Bersih. Jadi jumlah kehadiran semalam sekitar 30,000 ke
40,000 (termasuk yang dalam perut), menjelaskan kekuatan sebenar Pas
waktu ini. Umno berjaya mencapai apa yang diimpikan.
Dengan jumlah seramai itu, jauh dari sasaran 200,000 ertinya hampir atau
kurang separuh daripada jumlah yang hadir semalam, adalah ahli Pas yang
sudah tidak bersama parti itu lagi dimana berkemungkinan mereka bersama
Amanah atau mengambil sikap tawaqus. Kalau mengikut kapasiti
keanggotaan Pas, parti itu mempunyai 800,000 ahli. Paling tidak pun
kalau Pas masih solid seperti dahulu himpunan semalam boleh cecah
200,000.
Apa lagi himpunan semalam dimobilis dan diorganiskan demikian rupa.
Khabarnya pengangkutan disediakan, wang kopi disediakan. Seluruh
kakitangan agensi kerajaan (Kelantan) dikerah agar hadir. Ada amaran
dikeluarkan jika tidak hadir tindakan akan diambil. Curi peristiwa
diberikan. Sepupu penulis sendiri yang berkhidmat sebagai guru hadir,
mengakui apa yang didengari ini.
Bukan itu sahaja, para pelajar sekolah agama, sekolah tahfiz juga ikut
sama dikerah agar hadir di himpunan berkenaan atas nama jihad untuk
menegakkan Islam. Dengan segala kekuatan itu sekiranya Pas tidak
terbelah dua, sudah tentu jumlah kehadiran himpunan itu mencapai lebih
200,000. Apabila walaupun dengan segala kemudahan itu jumlah yang
hadirnya tidak sampai suku yang disasarkan ia dianggap sebagai gagal.
Mungkin bagi penyokong Pas yang kurang hafal aljibra sudah berasa puas
dengan himpunan itu, tetapi yang tahu sifir politik akan mencebek mulut,
kecewa.
Biarlah saya tidak mahu bincang lanjut serta membuat unjuran di sini
terhadap andaian-andaian itu yang mungkin benar atau tidak. Apa yang
hendak dinilai di sini dan membuat postmortem himpunan semalam ialah mengenai untung dan ruginya kepada Pas, khasnya, dan amnya kepada umat Islam di negara ini.
Beberapa kesimpulan yang boleh saya buat mengenai himpunan semalam seperti berikut:
1. Parti agama telah terpedaya dengan Umno. Penyokong Umno dan pemimpin
mereka termasuk wakil rakyat yang diharap menyokong RUU 355 di parlimen
tidak bersama Pas. Mereka tidak hadir. Umno hanya mengirimkan Jamil Khir
dan Asyraf Wajdi Dusuki untuk meraikan para himpunan.
2. Sepatutnya kalau Najib Razak dan Zahid Hamidi tidak dapat hadir,
sekurang-kurang dua tiga orang menteri kanan kena hadir. Mustapa
Mohamed, Nazri Aziz, Teuku Adnan Teuku Mansor, Azalina Othman Said,
Idirs Jusoh, perlu hadir. Namun tidak ada kelibat mereka yang tampak.
3. Dua orang wakil rakyat Kelantan yang beriya menyatakan sokongan
mereka kepada Hudud, Annuar Musa dan Alwi Che Amat juga patutnya tidak
menguzurkan diri. Dalam kontkes Kelantan wajar mereka hadir bersama
Mustapa Mohamed bagi menunjukkan kepada rakyat Kelantan mereka cintakan
Hudud. Apabila orang ini tidak hadir jelas mereka hanya "main wayang"
atau menjadi bulu ayam untuk menggelikan telinga orang Pas sahaja.
4. Himpunan semalam juga gagal menarik perhatian orang Melayu Kelantan
yang berada di Kuala Lumpur. Terdapat lebih 600,000 orang Kelantan yang
berada di lembah Kelang. Apabila jumlah kehadirannya sekitar 40,000 di
mana jumlah itu dipercayai 10,000 hingga 15,000 dari Kelantan,
menunjukkan penyertaan anak-anak Kelantan di Kuala Lumpur sangat tidak
menggalakkan. Kenapa, mungkin mereka kecewa dengan sikap dan pendekataan
Pas Kelantan sekarang. Boleh jadi juga mereka ke tempat Zaid Ibrahim di
Petaling Jaya.
5. Himpunan itu juga gagal dihadiri oleh bukan Islam. Ini menunjukkan
mekanisme dakwah Pas tidak berkesan. Kelemahan ini menyebabkan proses
penegakkan syariah terus akan menjadi masalah yang akhirnya mengagalkan
cita-cita untuk melaksanakan Hudud. Alhasilnya Pas akan kehilangan undi
bukan Islam dalam Piraum akan datang.
6. Umum tahun H355 itu disokong sama oleh beberapa NGO Islam, seperti Isma, Jati, Jaring Melayu, PPIM
dan sebagainya. Kebanyakan ahli Ngo ini terdiri dari golongan yang
cerdik atau pun mereka yang terpelajar. Apabila bilangan mereka hadir
boleh dibilang dengan jari, bermakna golongan cerdik tidak sedia untuk
dihimpun di Padang Merbok untuk menjadi burung terkukur, untuk berkuh kuh kuh mengangguk kepada Pas.
Ketidakhadiran pendokong Ngo itu juga memberi indikator bahawa golongan
pertengahan yang berilmu tidak menerima budaya politik yang dibawa oleh
Pas yang kini makin konservetif dan ada kalanya menyerlahkan kefanatikan
(fanatisme) mereka sehingga mirip kepada animisme.
Selain itu ia menjelaskan keadaan itu merupakan penolakan mereka kepada politik assobiyiah
yang dihidupkan oleh Pas, yang mana politik jenis itu bertentangan
(kontras) dengan realiti masyarakat negara ini majmuk dan mengamalkan
bukan politik sedarhana dan matang, tetapi rasional realis.
Menyudahkan ulasan saya ini, himpunan semalam tidak begitu menguntungkan
Pas, sebalik ia melabakan Umno. Kemeriahan dan sorak sorai dalam
perhimpunan itu tidak lebih genderang perang yang mengasyikkan Pas untuk
menyanyikan lagu kekalahan selepas ini. Aksi himpunan itu samalah aksi
himpunan dalam ceramah-ceramahan Pas sebelum tahun 1999 -- sebelum
Reformasi, dimana ia ramai tetapi umpama bueh-bueh di buritan kapal.
Seharusnya dengan apa yang berlaku parti agama membuat mahasabah. Mereka
perlu membuat koreksi semula dengan apa yang berlaku semalam. Beberapa
pemimpin yang rasional nan tersisa dalam parti itu harus berani bangkit
mengislakan siasah Pas.
Mereka kena pastikan juga apakah penyakit Presiden Kesatuan Ulama Dunia
Yusuf Qardhawi seperti mana kata Abdul Hadi turut berjangkit kepada
timbalannya?
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan