Peserta Himpunan 355 didapati melanggar syarat perhimpunan mengikut
Seksyen 4 (2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana membawa bayi dan
kanak-kanak ketika berhimpun.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Sukri Kaman berkata antara
pukul 2 petang hingga 11.30 malam semalam, polis yang bertugas di Padang
Merbok dan Jalan Parlimen di sini mendapati ramai peserta perhimpunan
itu yang memakai baju ungu membawa bayi dan kanak-kanak.
"Hasil siasatan awal mendapati bayi dan kanak-kanak yang dibawa
menghadiri perhimpunan tersebut dalam lingkungan umur tujuh bulan hingga
15 tahun.
"Kes masih dalam siasatan dan sehingga kini tiada tangkapan dilakukan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Himpunan 355 yang diadakan di Padang Merbok, di sini bertujuan
memberi penerangan kepada umat Islam mengenai cadangan pindaan terhadap
Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.
Antara lain, cadangan pindaan itu membabitkan usaha mengenakan
hukuman lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan orang Islam sahaja dan
langsung tidak memberi kesan kepada golongan bukan Islam.-BERNAMA
- Blogger Comment
- Facebook Comment
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
0 comments:
Catat Ulasan