Oleh Abu
Firdaus
Salah
seorang pengasas Republik Islam Iran, Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani 82
tahun, meninggal dunia pada 8 November lalu dan dikebumikan pada Rabu lalu di
kompleks Makam Imam Khomeini di Teheran Utara.
Bagi
kalangan pendokong Parti Amanah Negara yang pada waktu mudanya pernah terdorong
untuk menyertai gerakan Islam ekoran berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun
1979 tentu masih ingat ketokohan Rafsanjani.
Mereka antaranya
mungkin pernah mengikuti aktiviti politik Rafsanjani, umpamanya dari akhbar
Kayhan International, Tehran Times, Crescent International, majalah Afkar dan
Dunia Islam. Pada masa itu belum ada Internet lagi, dan mungkin berita yang
diterima amat terhad, tidak seperti sekarang.
Pada tahun
2000-an, penulis pernah menyaksikan Rafsanjani menyampaikan khutbah sembahyang
Jumaat di kampus Universiti Teheran. Pada masa itu beliau tidak lagi memegang
jawatan kerajaan. Namun begitu beliau adalah antara ulama politik yang masih
berpengaruh. Di samping itu, beliau juga adalah seorang saudagar kacang
pistacio..
Rafsanjani adalah
antara sahabat perjuangan Ayatullah Khomeini yang turut memimpin Revolusi Islam
Iran dan selanjutnya berperanan dalam penubuhan Republik Islam Iran dan
seterusnya dipilih menjadi speaker parlimen yang berpengaru., Kemudian beliau dipilih
sebagai presiden keempat republik itu Ali Khamenei. Beberapa tahun kemudian
beliau turut dilantik sebagai anggota Majlis Pakar Iran yang amat berpengaruh.
Dengan
memperingati tokoh tokoh revolusioner Iran seperti Rafsanjani ini, maka waktu sebegini
adalah yang terbaik bagi mengenang kembali semangat perjuangan Islam yang
dicorakkan oleh pemimpin pemimpin generasi itu. Revolusi Islam Iran bukanlah
sempurna atau tidak ada cacat celanya. Begitu juga dengan tokoh-tokoh yang
mewarnai revolusi itu seperti Ayatullah Khomeini, Ali Shariati, Ayatullah
Montazeri, Ali Rajaie, Ayatullah Muttahari dan ramai lagi, termasuklah
Rafsanjani.
Pada masa
ini mungkin aktivis Islam berbicara mengenai Syria dengan penglibatan Iran yang
mana banyak yang tidak menyetujui. Orang mungkin bercakap mengenai konflik
Syiah dan Sunni seeta ancaman Daesh. Begitu juga dengan soal Arab Spring,
Tunisia, dan Islamic Democrat. Pelbagai perbincangan boleh dibuat mengenainya.
Namun tidak
ada siapa boleh menafikan generasi anak muda Revolusi Islam dengan semangat
tahun 1979, yang memberi kesan pada gerakan Islam di seluruh dunia. Di Britain,
anak-anak muda Melayu mengatur kumpulan Islam seperti Suara Islam. Di Malaysia
pula, ABIM, PAS dan Persatuan Ulama Malaysia juga terkesan daripada revolusi
ini.
Penulis
juga turut bersemangat untuk mendengar ceramah Annuar Tahir, ketika itu salah
seorang pucuk pimpinan ABIM yang baru melawat Iran pada tahun 1980. Parti Amanah
Negara mempunyai pemimpin pemimpin utamanya yang datang daripada idealisme
Revolusi Islam. Keadaan sekarang tentu sudah berubah dan ia menuntut sikap
baharu yang berbeza. Namun idealisme untuk mewujudkan negara yang benar benar
adil dan mendatangkan kerahmatan pada semua rakyat terus membara. Sebab itu,
Parti Amanah Negara, walaupun sebuah parti baharu tetapi ia mempunyai tradisi
idealisme yang mendalam melalui pemimpin dan aktivis perjuangan Islam yang kini
lebih matang.
Semasa revolusi
dan awal pembentukan republik Islam, Rafsanjani dikenali sebagai Hujatul Islam
dan belum lagi mendapat pangkat ayatullah. Gelaran Hujatul Islam dan Ayatullah
adalah pangkat dalam hierarki mazhab Syiah di Iran.
Bagi
menjayakan revolusi Islam bukanlah suatu mudah. Usaha menjatuhkan Shah Iran,
Reza Pahlavi yang mendapat sokongan kuat Amerika Syarikat adalah hanya satu
peringkat. Lebih mencabar adalah pembentukan negara Republik Islam yang masih tidak
jelas mekanismanya.
Rafsanjani
dalam perjuangannya adalah bersifat pragmatik. Ini dapat dilihat bagaimana
beliau menangani Amerika. Beliau juga tidak teragak agak untuk memberi sokongan
pada calon presiden reformis Iran. Beliau dilihat sebagai terbuka dan bersedia
untuk menjadikan Iran lebih demokratik dan progresif. Maka tidak hairanlah,
golongan pro-reformis turut turun menghantar jenazah beliau dalam upacara
pengkebumian Rabu lalu.
0 comments:
Catat Ulasan